
TERKENA HIPOTERMIA DI ATAS GUNUNG, BEGINILAH CARA MENANGANINYA.
Hipotermia merupakan salah satu hal yang paling menakutkan oleh pendaki ketika menaiki
gunung. Hipotermia boleh menyerang kita pada bila-bila masa sahaja tidak mengira pendaki
baru atau pun senior.
Penyakit ini merupakan suatu keadaan di mana sistem dalam tubuh dalam pengaturan suhu
badan itu mengalami kesukaran menerima tekanan suhu dingin.
Keadaan ini sendiri kerap menyerang pendaki yang tidak membawa perlengkapan yang lengkap,
terkena hujan, kurang pengambilan kalori dan lain-lain.
Jadi bagaimana cara mengatasi seseorang yang terkena hipotermia di gunung?
Mangsa hipotermia terbahagi kepada dua iaitu mangsa yang sedarkan diri dan mangsa yang
tidak sedarkan diri.
Pada mangsa yang sedarkan diri:
1. Bawa masuk ke dalam khemah bertutup. Tujuannya untuk menjaga dari angin yang berhembus,
khemah bertutup juga adalah tempat yang cukup panas ketika berada di suhu pergunungan.
2. Gantikan baju basah dengan pakaian kering. Bantulah mangsa dengan mengganti baju
beliau. Hal ini lah perlu dalam kumpulan pendakian, jika anda perempuan maka wajib
ditemani perempuan lain dalam kumpulan tersebut.
3. Berilah minuman panas. Minuman yang membantu tubuh lebih panas.
4. Beri makanan berkalori tinggi. Bagi keadaan darurat, pastikan anda membawa makanan
ringan manis yang cepat mengenyangkan seperti cokelat atau makanan yang berkalori tinggi.
5. Panaskan badan mangsa. Cara ini boleh dilakukan dengan mengenakan penghangat tubuh
seperti ‘emergency blanket’, penutup kepala, jaket, sarung kaki, ‘warm patches’ dan
‘sleeping bag’.
6. Jika memerlukan, hidupkan unggun api diluar khemah dan arahkan bahang apinya ke dalam
khemah.
📌 Pada mangsa yang tidak sedarkan diri:
1. Bawa masuk ke dalam khemah bertutup. Tujuannya untuk menjaga dari angin yang berhembus,
khemah bertutup juga adalah tempat yang cukup panas ketika berada di suhu pergunungan.
2. Ganti baju basah secara perlahan. Penggantian baju dilakukan dengan perlahan, pastikan
tidak terburu-buru.
3. Masukan mangsa ke dalam ‘sleeping bag’. Ini adalah untuk menjaga dan mengekalkan suhu
panas tubuh badan sedia ada supaya tidak mudah terlepas begitu sahaja.
4. Pemindahan suhu panas tubuh badan. Ini boleh dilakukan dengan cara memegang tangan
mangsa atau memeluknya. Suhu panas tubuh badan akan mudah berpindah ketika menempel ke
tubuh mangsa (kulit bertemu kulit). Pastikan anda mengetahui etikanya ketika melakukan
cara ini.
5. Cuba untuk sedarkan diri mangsa. Cara menyedarkannya boleh dilakukan dengan cara
menepuk-nepuk pipi mangsa atau dengan memanggil namanya. Ketika mangsa sudah sedarkan
diri, anda boleh melakukan langkah menangani mangsa hipotermia ketika sedar.
Dari tinta pena: Budak sekolah.
Ulasan
Catat Ulasan