
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bakal mengumumkan berita gembira buat penjawat awam ketika pembentangan Bajet 2018 pada hujung bulan ini.

Kenyataan tersebut dibuat ketika beliau hadir berucap pada Majlis Amanat Perdana
Perkhidmatan Awam Ke-15 (MAPPA XV) dengan tema Aspirasi Perkhidmatan Awam Menuju TN-50 :
Penyampaian Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara.
"Beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet
2018 pada 27 Oktober ini," katanya.

Ucapan beliau kemudian disambut dengan tepukan gemuruh darpada lebih 5000 penjawat awam
yang hadir ke majlis berkenaan.
Sumber : BH Online
Ulasan
Catat Ulasan