Langkau ke kandungan utama

Pemantauan udara 3 negara bulan ini

PENGARAH MMCC, Kepten P Pulendren (tengah) berbincang dengan Pegawai Memerintah KD

Selangor, Komander Khairisharizal Salehin (kanan) ketika mengetuai pelayaran KD Selangor

dalan rondaan TMP di sempadan perairan Malaysia-Filipina, dekat Sandakan. - Foto oleh

Poliana Ronnie Sidom.



SANDAKAN: Kerjasama antara Malaysia, Filipina dan Indonesia menerusi rondaan tiga negara

(TMP) akan diperkukuh menerusi pemantauan udara secara bersama, dijangka dilaksanakan

dalam tempoh terdekat.

Pengarah Malaysia Maritime Command Center (MMCC), Kepten P Pulendren, berkata ia dijangka

dilaksanakan bulan ini selepas dilancarkan.

Katanya, rondaan itu dilaksanakan secara bergilir setiap bulan dengan setiap rondaan

disertai wakil ketiga-tiga negara yang menumpukan kawasan panas sepanjang 1,700 batu

nautika persegi merangkumi perairan Malaysia, Indonesia dan Filipina.

"Ketika rondaan, ada wakil negara lain ikut bersama dalam satu pesawat. Contohnya jika

giliran Malaysia bulan ini, ada wakil dari Filipina dan Indonesia.

"Rondaan bermula dari Tawau dan masuk ke perairan ketiga-tiga negara sebelum berakhir

semula di Tawau," katanya kepada pemberita selepas mengetuai pelayaran Kapal Diraja (KD)

Selangor dalam rondaan TMP di sempadan perairan Malaysia-Filipina, lewat petang semalam.

Yang turut hadir ialah Pegawai Memerintah KD Selangor, Komander Khairisharizal Salehin.

Pulendren berkata, Malaysia menerima kerjasama baik daripada Filipina dan Indonesia

menerusi inisiatif TMP dengan ketiga-tiga negara berkongsi maklumat mengenai kapal yang

terbabit dalam rondaan dan kawalan perairan masing-masing setiap dua minggu.

Sejak dilancarkan Jun lalu, katanya, TMP berjaya mengurangkan kadar jenayah rentas

sempadan terutama rompakan dan penculikan.

"Kerjasama ini meningkatkan keselamatan di perairan Sulu kerana jika dilihat perkembangan

semasa sejak tahun lalu, tiada lagi cubaan rompakan dan penculikan," katanya.

Ditanya jika aset mencukupi bagi melaksanakan rondaan, Pulendren berkata, Tentera Laut

Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa menempatkan kapal di sepanjang perairan Zon Selamat Timur

Sabah (ESSZONE), selain mendapat kerjasama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah

(ESSCOM).

"Menerusi Op Pasir, kita ada pos di pulau dan rondaan menggunakan bot, selain mendapat

sokongan polis serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang diselaras ESSCOM,"

katanya.


SUMBER:berita harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...