
RTMP ialah saluran televisyen percuma paling popular di negara ini, yang berada di bawah
syarikat media bersepadu Media Prima Berhad (MPB).
Selama bertahun-tahun, RTMP berupaya mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu siaran
percuma bersama kandungan menarik perhatian dan menerima rating tontonan tertinggi.
Menerusi kenyataan yang dikirimkan kepada BH Online, Pengarah Jenama, Kandungan dan
Strategi RTMP, Sherina Mohamed Nordin, berkata kerjasama dengan Disney adalah selari
dengan misi rangkaian televisyen terbabit untuk terus menawarkan rancangan bermutu kepada
penontonnya.
Inhumans ialah siri televisyen baharu berkisar pada sekumpulan adiwira yang memencilkan
diri dalam usaha mereka mempertahankan nyawa masing-masing.
Ia dibintangi oleh Anson Mount, Serinda Swan, Ken Leung, Eme Ikwuakor, Isabelle Cornish,
Ellen Woglom dan ramai lagi.
SUMBER:Berita harian
Ulasan
Catat Ulasan