Langkau ke kandungan utama

Koleksi cerita dulu-dulu

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang raja memerintah di tiga buah negara berasingan.

Negara yang pertama terletak di utara, di panggil Negara Utara, negara kedua terletak di

selatan, dipanggil Negara Selatan, manakala negara ketiga terletak di barat, dipanggil

Negara Barat. Ketiga-tiga negara itu hidup dengan harmoni dan saling menolong antara satu

dengan yang lain. Pada suatu ketika, Negara Utara dan Negara Selatan mengalami kebuluran

kerana kemarau yang panjang. Negara Barat pula masih dapat bertahan kerana mempunyai

simpanan makanan yang banyak. Memandangkan kemarau berterusan, maka semua simpanan beras

di Negara Utara dan Negara Selatan habis sehingga benih-benih padi pun habis dimakan.

Tanah sawah kering kontang. Raja Negara Utara (Raja Utara) dan raja Negara Selatan (Raja

Selatan) terpaksa meminta pertolongan raja Negara Barat (Raja Barat).

Maka dipendekkan cerita, kedua-dua raja tersebut berangkat menghadap Raja Barat. Setelah

Raja Barat mengetahui Raja Utara dan Raja Selatan datang menghadap untuk meminta

pertolongan, maka Raja Barat mula berfikir, "Alangkah baiknya kalau kedua-dua negara itu

menjadi milik beta," kata Raja Barat dalam hati.  Maka, Raja Barat bertanya kepada kedua-

dua raja tersebut, "Apakah tujuan adinda berdua datang menghadap kanda?" Jawap kedua-dua

raja itu, "Negara kami mengalami kebuluran, oleh itu adinda berdua datang untuk meminta

pertolongan kanda."

"Baiklah," kata Raja Barat. "Kalau demikian, kanda dengan berbesar hati membantu negara

adinda berdua. Mulai sekarang, Negara Utara dan Negara Selatan tidak perlu bekerja lagi.

Negara Barat akan menyediakan 100,000 guni beras setahun untuk setiap negara sehinggalah

bencana ini berakhir." Kedua-dua raja Utara dan Selatan begitu gembira atas kemurahan Raja

Barat. "Oleh sebab tanah-tanah sawah di negara adinda berdua tidak lagi berguna, maka

berikan saja tanah-tanah itu kepada kanda. Biarlah kanda menanggung rugi. Sebagai ganti,

kanda akan menambah 50,000 guni beras setahun kepada negara adinda berdua sampai bila-

bila." Raja Utara melompat gembira. "Tuanku Raja memang baik, Tuanku Raja memang

bijaksana!" Raja Utara sudah tidak sabar-sabar lagi menyampaikan berita baik ini kepada

rakyat jelata.

Raja Utara mula menghitung-hitung, "100,000 guni beras lebih dari cukup untuk seluruh

Negara Utara setiap tahun. Jadi, Negara Utara masih mempunyai simpanan beras 50,000 guni.

Rakyat jelata Negara Utara tidak perlu bekerja lagi." Tetapi Raja Selatan tertunduk sedih

tanpa berkata apa-apa.

Lalu kata Raja Barat, "Bagaimana keputusan adinda berdua?" Raja Utara lantas menjawap,

"Saya setuju!"  Lalu Raja Barat memberikan 150,000 guni beras kepada Raja Utara.

Kegembiraan Raja Utara tidak terkata. Lalu Raja Barat memandang Raja Selatan, "Bagaimana

dengan adinda?" Raja Selatan memandang tepat ke arah  Raja Barat.

Dengan suara sayu Raja Selatan berkata, "Kanda Raja Barat, biarlah tanah-tanah sawah yang

tidak berguna itu kami simpan. Lagipun, jika diberikan kepada kanda pun tanah-tanah itu

tetap tidak berguna kepada kanda. Dinda hanya memohon bantuan 50,000 guni beras setahun

untuk rakyat jelata Negara Selatan, dan biarlah 50,000 guni lagi dalam bentuk benih padi

yang diberi sekali sahaja." Raja Barat terkejut mendengar jawapan Raja Selatan. Raja Utara

pula tersengih mendengar kata-kata Raja Selatan. "Bodoh betul Raja Selatan," katanya dalam

hati.

Dipendekkan cerita, Raja Barat berbuat seperti yang diminta oleh kedua-dua raja tersebut.

Raja Utara membawa pulang 150,000 guni beras manakala Raja Selatan membawa pulang 50,000

guni beras dan 50,000 guni benih padi. Maka, Negara Utara menerima bantuan beras 150,000

guni beras setahun sehinggalah kemarau itu berakhir, manakala Negara Selatan menerima

hanya 50,000 guni beras setahun. Rakyat jelata Negara Utara sehat-sehat belaka kerana

cukup makan, manakala rakyat jelata Negara Selatan kurus kering kerana hanya dapat makan

sekali sehari. 

Setelah sekian lama, maka musim kemarau pun berlalu. Bantuan beras oleh Raja Barat pun

diberhentikan. Tetapi memandangkan Raja Utara besetuju menukarkan tanah-tanah sawah dengan

beras 50,000 guni setahun maka, Negara Utara tetap menerima 50,000 guni beras daripada

Raja Barat. Manakala, Negara Selatan sudah tidak menerima apa-apa lagi bantuan. Tetapi

Negara Selatan masih mempunyai 50,000 guni benih padi, lalu mereka mula mengerjakan sawah.

Tanaman mereka begitu subur sehingga mereka dapat menuai 200,000 guni semusim. Akhirnya,

Negara Selatan menjadi makmur dan sejahtera.

Lain pula ceritanya di Negara Utara. Oleh sebab mereka hanya mendapat 50,000 guni beras

setahun dari Raja Barat (beras simpanan pula sudah habis digunakan), maka rakyat jelata di

negara tersebut menjadi kurus kering kerana terpaksa makan hanya sekali sehari. Mereka

sudah kehilangan hak pemilikan ke atas sawah-sawah mereka, mereka tidak lagi dapat

bercucuk tanam. Jadi kekallah Negara Utara menjadi negara termiskin di rantau itu. Ramai

rakyatnya berhijrah ke Negara Selatan dan Barat untuk mencari nafkah.

Moral cerita ini ialah: Buatlah keputusan yang bijak untuk masa depan.

Unity Is Duty

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...