Langkau ke kandungan utama

Penungu rimba tombiruo



Jika tayangan pada malam gala pun, kesemua sembilan panggung dipenuhi penonton...rasa-

rasanya bagaimana penangan filem adaptasi daripada novel popular Ramlee Awang Murshid

(RAM) ini?

Ada beberapa sebab kenapa rugi jika tidak ke panggung dan menonton Tombiruo: Penunggu

Rimba pada 12 Oktober ini.

Sebab-sebabnya ialah:

1) Novel terbitan Karangraf, Tombiruo: Penunggu Rimba pada 1998 ini telah diulang cetak

sebanyak 18 kali kerana permintaannya yang tinggi! Fuhhh! Info tambahan yang boleh kami

beri ialah, Tombiruo: Penunggu Rimba adalah siri pertama dalam triloginya, yang kedua

novel Semangat Hutan dan diikuti Tombiruo Terakhir.


2) Sudah tentu kerana barisan pelakon hebatnya! Bukan nak cakap apalah, selepas menonton

filem ini, kami berpuas hati dengan lakonan Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussien,

Farid Kamil Dato' M. Nasir, Datin Marlia Musa, Hasnul Rahmat, Faye Kusairi, Dynas Mokhtar,

Atu Zero dan yang lain-lain! Serius!


3) “Saya tak baca novel, so tak pasti Tombiruo ini filem tentang apa!” Yess! Betul!

Mungkin ramai yang menganggap filem ini macam filem tarzan selepas menonton trailernya!

Tapi sebenarnya...tak ada kena mengena langsung! Percayalah, yang tak baca novel pun,

mesti jatuh cinta dengan filem arahan Seth Larney dan pengarah bersekutu, Nasir Jani ini.


4) Kepada yang sukakan filem aksi, ‘gaduh-gaduh’...Tombiruo akan bagi korang kepuasan!

Lebih-lebih lagi ketika Tombiruo berlawan dengan musuh-musuhnya. Bukan nak gebang, tapi

Seth Larney berjaya meletakkan babak aksi filem ini setaraf Hollywood!


5) Watak Ejim yang dibawa oleh Zul Ariffin pasti dinanti-nantikan oleh pembaca novel

Tombiruo: Penunggu Rimba. Mesti korang teruja nak tahu Ejim akan tanggalkan topeng atau

pun tidak! Ehehe...

6) Penggambaran di Sabah! Lepas tonton filem ini mesti korang teruja nak beli tiket dan

explore keindahan negeri asal-usul Ejim ini! Cantik wey!



7) Yang pastinya, ada sesuatu yang untuk peminat RAM di hujung filem. Nantikan Tombiruo:

Penunggu Rimba di pawagam 12 Oktober ini dan...pastikan anda tidak terlepas!

Sinopsis: Tombiruo yang memaparkan kisah aksi ini menceritakan tentang Ejim, lelaki

bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya

sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci

oleh penduduk kampung.

Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti

empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo. Sementara itu,

Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula

menjejaknya.

Wartawan Wan Suraya yang mengikuiti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut

mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti

diperkatakan.

Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-

orang yang mereka sayangi. Dengan semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo.

Tetapi hakikatnya, sebuah rahsia di antara mereka berdua yang sudah lama tersimpan

terbongkar. Apakah kaitan mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden

yang berlaku selama ini?

Foto: Astro Shaw

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...