
Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan berasal dari China ditahan semalam selepas
dipercayai terbabit merogol seorang atlet.
Suspek yang berusia 35 tahun yang kini berstatus penduduk tetap (PR) ditahan di Kompleks
Majlis Sukan Negara (MSN) oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah
(JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur jam 12.30 tengah hari selepas mendapat laporan daripada
ibu bapa mangsa pada Ahad lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihak polis akan
mendapatkan kebenaran menahan suspek pada hari ini.
"Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan
Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.
"Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian rogol berkenaan berlaku sekitar September
lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan," katanya lagi.
Katanya lagi, pihak polis hanya menerima laporan daripada seorang mangsa. Menurut sumber,
suspek sebelum ini pernah terlibat dengan program 'Kita Juara' pada acara Sukan SEA Kuala
Lumpur 2017 (KL2017) membabitkan acara renang disiplin air.
Manakala mangsa tidak terlibat dalam mana-mana acara pada KL 2017 yang berlangsung dari 19
hingga 30 Ogos lalu di Malaysia sebagai tuan rumah.
Menurut rekod, suspek sudah berada di Malaysia sejak lima tahun lalu dan merupakan bekas
atlet Olimpik.
Sumber : BH Online
Ulasan
Catat Ulasan