Langkau ke kandungan utama

'Harimau Malaya akan bangkit semula' - PM

PARA pemain serta pegawai pasukan Harimau Malaya tiba di Lapangan Terbang Antabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Hong Kong hari ini selepas mengakhiri aksi ketiga Kumpulan B Kelayakan
Piala Asia di Stadium Hong Kong, semalam.Skuad negara tewas kepada Hong Kong 2-0 dalam
perlawanan itu. - Foto BEERNAMA


KUALA LUMPUR: Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengatur dan mengolah semula dunia bola

sepak tanah air dari peringkat akar umbi supaya mampu kembali bersaing dan menjadi nama

tersohor di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata antara faktor perlu diberi perhatian

adalah pandangan sesetengah ibu bapa yang mungkin tidak melihat kerjaya sebagai pemain

bola sepak mempunyai masa depan dan tanggapan itu perlu ditukar.

"Kita juga perlu menyediakan platform untuk firma korporat turut melihat nilai dan

pulangan dalam menaja bola sepak di Malaysia, sama ada pemain kita, kelab dan skuad

kebangsaan di setiap peringkat umur, sebagaimana pelabur dan firma korporat gergasi

antarabangsa yang menaja kelab besar di Eropah.

"Tajaan amat penting dalam memastikan kelestarian dan pembangunan bakat serta masa depan

sukan," katanya dalam catatan terbaharu di blog NajibRazak.com, malam tadi, bertajuk

'Harimau Malaya akan bangkit semula'.

Untuk rekod, pasukan bola sepak negara tewas kepada Hong Kong 0-2 dalam aksi kelayakan

Piala Asia 2019, semalam.

Najib berkata, sistem pencarian bakat di peringkat akar umbi juga perlu diperkuatkan

supaya dapat mencungkil bakat terpendam untuk masa depan.

"Kita perlu membangunkan, malah memberi nafas baharu kepada industri bola sepak secara

keseluruhannya.

"Ia tidak boleh dicapai oleh kerajaan atau badan induk semata-mata, tetapi perlu juga

mendapat input, sokongan dan kerjasama daripada peminat, badan korporat, pelabur,

kepakaran daripada institusi sains sukan dan perubatan, akademi bola sepak awam dan swasta

serta pihak berkaitan lain.

"Dalam erti kata lain, kita memerlukan anjakan paradigma atau "mentality shift' dalam

kalangan penggiat sukan bola sepak tanah air.

"Semua ini mengambil masa, kita tidak akan mampu mencapai perubahan dalam masa yang

singkat," katanya.

Mengambil contoh pasukan bola sepak kegemaran beliau, Manchester United, Najib berkata,

pasukan itu mengambil masa tujuh tahun selepas pelantikan Sir Alex Ferguson untuk

memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan 13 tahun sebelum memenangi Liga Juara-juara

di peringkat kelab, malah di peringkat kebangsaan mengambil masa yang lebih lama.

"Kita perlu beri ruang dan masa kepada mereka yang bertanggungjawab untuk membina semula

sukan bola sepak negara.

"Saya yakin penambahbaikan dan usaha yang sedang dilakukan FAM di bawah kendalian DYAM

Tunku Mahkota Johor mampu membuahkan hasil," katanya.

Beliau berkata, meskipun berbangga dengan kemenangan di Piala Suzuki 2010 dan pingat emas

Sukan SEA 2011, perlu diakui bahawa sejak kebelakangan ini, prestasi pasukan negara agak

suram dan tidak begitu konsisten.

Pada masa sama, Najib menyeru semua pihak yang terbabit, sama ada Kementerian Belia dan

Sukan, akademi bola sepak awam mahu pun swasta, badan korporat serta peminat, untuk terus

bekerja bersama-sama bagi mencapai matlamat dan impian sama dalam bola sepak.

"Kepada pemain kebangsaan, teruskan berusaha dan cuba lagi. Kegagalan sekali tidak

bermakna gagal selamanya.

"Begitu juga dengan pemain di sekolah, akademi, akar umbi, teruskan berusaha dan sasarkan

kejayaan. Saya dan semua rakyat Malaysia akan terus menyokong.

"Bola sepak memerlukan sokongan dan usaha bersama daripada kita semua untuk membawanya

kembali ke persada, barulah Harimau Malaya akan bangkit semula!," kata Najib. - BERNAMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...