
ANTARA tiga lelaki dan seorang wanita yang ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam operasi
JAINJ di hotel bajet sekitar Permas Jaya dan Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor, malam
tadi. - Foto Nurul Amanina Suhaini
PASIR GUDANG: Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba memberi sogokan RM90 kepada
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), antara yang ditahan kerana disyaki berkhalwat
dalam bilik hotel bajet di Taman Rinting, dekat sini, awal pagi tadi.
Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan bersama pasangannya, wanita Indonesia berusia 40 tahun
kira-kira jam 2 pagi dalam operasi khas yang dijalankan di beberapa hotel bajet sekitar
Permas Jaya dan Bandar Seri Alam, di sini.

ANTARA pasangan yang ditahan dalam operasi JAINJ di hotel bajet sekitar Permas Jaya dan
Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor, malam tadi. - Foto Nurul Amanina Suhaini
Pasangan itu antara hasil serbuan 16 anggota penguat kuasa JAINJ yang menahan 12 lelaki
dan 10 wanita termasuk lapan warga asing.
Kebanyakannya mendakwa mendakwa baru mendaftar masuk ke bilik hotel masing-masing secara
berasingan dengan pasangan.
Mereka yang berusia antara 18 hingga 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 27(1) a dan b
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat yang membawa hukuman
denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Masai, dekat sini untuk laporan sebelum dibawa ke
pejabat Bahagian Penguat Kuasa JAINJ untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAINJ, Mohd Hafiz Abdul Rahman,
ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.
Katanya, lima hotel diserbu berdasarkan risikan dan maklumat awam.
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan