Langkau ke kandungan utama

Climbathon 2017 juara bertahan Safrey Sumping



Saffrey Sumping kekal juara

RANAU: Hujan lebat dan angin kencang tidak menghalang pelari tempatan, Saffrey Sumping

mempertahankan kejuaraannya di kejohanan Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu, di sini,

hari ini. Malim gunung berusia 34 tahun itu turut mencatat masa lebih baik iaitu 2:18:28s

berbanding 2:21:33s yang diciptanya bagi kategori elit lelaki pada pertandingan sama tahun

lalu.
"Perlumbaan kali ini agak mencabar. Sujan sejak semalam menyebabkan permukaan laluan licin

yang memerlukan peserta lebih berhati-hati. "Pada mulanya saya ketinggalan di belakang dua

peserta lain namun, ketika sampai di Timpohon Gate, saya dapat memintas mereka sehinggalah

ke garisan penamat," katanya ketika ditemui selepas perlumbaan.
Saffrey berkata, walaupun dinobatkan sebagai juara, beliau kecewa sedikit kerana tidak

sampai ke puncak Gunung Kinabalu. "Perlumbaan ini sepatutnya berakhir sehingga ke puncak

Gunung Kinabalu, namun laluan telah dipendekkan sehingga ke Panalaban (Kilometer 10)

kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan," katanya.


Kategori elit lelaki turut menyaksikan peserta Kenya, Lel Kipchirchir, 24, muncul naib

juara dengan catatan masa 2:20:22s manakala seorang lagi pelari tempatan, Daved Simpat,

35, berada di tempat ketiga dengan masa 2:20:42s. Sementara itu, pelari Filipina, Sandi

Menchi Catlona Abahan turut berjaya mempertahankan kejuaraan bagi kategori wanita elit

yang dicapainya tahun lalu, namun hasrat untuk memperbaiki masa peribadi tidak tercapai

apabila mencatat 3:04:30s kali ini berbanding 2:58:48s pada 2016.
Pelari tempatan, Anineh Dainin muncul pemenang tempat kedua bagi kategori berkenaan dengan

masa 3:09:33s manakala pelari Kenya, Valentine Jepkemoi Serem di tempat ketiga dengan

catatan masa 3:28:07. Kejohanan edisi ke-30 itu menyaksikan penyertaan seramai 116 peserta

walaupun pada mulanya seramai 128 yang telah mendaftar dengan perlumbaan bermula di Taman

Kinabalu, Kundasang.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata

antara faktor peserta yang menarik diri ialah kerana keadaan cuaca buruk."Mereka tahu

kemampuan mereka sendiri dan mungkin keadaan yang agak sejuk menyebabkan mereka terpaksa

menarik diri," katanya. - Berita Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...