![]() |
gambar hiasan |
SAO PAULO: Pertahanan Brazil, Thiago Silva terlepas aksi kelayakan Piala Dunia 2018
menentang Chile, Selasa ini selepas dibelenggu kecederaan otot paha yang dialami ketika
terikat 0-0 dengan Bolivia, kelmarin.
Pertahanan tengah Paris Saint-Germain berusia 33 tahun itu di bawa keluar pada minit ke-27
pada perlawanan yang berlangsung di La Paz.
Brazil sudah pun menjamin tempat dalam kelayakan zon Amerika Selatan dan menjadi negara
pertama yang menyertai Russia di Piala Dunia tahun depan.
Jurulatih, Tite memanggil pertahanan Sao Paulo, Rodrigo Caio, 24 bagi menggantikan tempat
ditinggalkan Silva.
"Rodrigo menggantikan Thiago Silva yang terpaksa diketepikan selepas satu ujian Jumaat
lalu mengesahkan dirinya mengalami kecederaan otot paha kanan," kata Brazil dalam satu
kenyataan.
Namun, Brazil tidak mendedahkan tempoh masa Silva harus diketepikan meskipun kelab
disertainya tidak mempunyai jadual perlawanan sehingga minggu depan menentang Dijon, empat
hari sebelum kunjungan Liga Juara-Juara ke Anderlecht. - AFP
sumber:berita harian
Ulasan
Catat Ulasan