
Polis Perancis hari ini mendedahkan bahawa mereka telah menidakkan satu serangan keganasan di Stadium Paris Saint-Germain hujung minggu lepas.
Menurut Dailymail, bahan letupan ditemui berdekatan dengan Parc des Princes pada pagi Sabtu beberapa jam sebelum PSG bermain menentang Bordeaux.
Bahan itu, yang mengandungi empat silinder gas yang disaluti petrol ditemui oleh seorang penduduk tempatan dan susulan penemuan itu, lima orang telah ditahan termasuks eorang pengganas yang dalam perhatian.
Keempat-empat silinder gas itu disambungkan kepada satu 'telefon bimbit yang boleh membakar silinder itu supaya berlakunya letupan', kata pegawai penyiasat.
Difahamkan, hampir 50,000 orang berada di stadium tersebut pada Sabtu untuk menonton perlawanan terbabit.
SUMBER: DM
Ulasan
Catat Ulasan