kedudukan batu punggul
Diagram ini diambil pada tahun 1913/1932-1958 oleh Syarikat Shell British.

Pada suatu masa dahulu terdapat dua buah rumah panjang di Hulu Sungai Sepulut.Kedua-dua
buah rumah ini dipisahkan oleh sebatang sungai yang bernama Sungai Sepulut. sungai ini
merupakan perantaraan kedua-dua buah rumah panjang berkenaan. Penduduk yang menghuni rumah
panjang berkenaan terdiri daripada suku kaum murut dan kaum ini merupakan penduduk yang
terawal sekali menetap di pedalaman Sepulut.
Penduduk atau penghuni di kampung ini mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka mempercayai
kepercayaan tahyul, roh, sihir dan sebagainya. Mereka juga mempunyai agama yang tersendiri
iaitu agama ciptaan manusia seperti menyembah berhala. mereka percaya bahawa berhala-
berhala ini mempunyai kuasa dan malapetaka akan terjadi sekiranya tidak mematuhi pantang
larang yang telah dibuat oleh nenek moyang mereka terhadap batu berhala tersebut.
contohnya jika seorang itu disumpah akan dimakan oleh buaya, maka dia pasti akan menjadi
mangsa buaya apabila turun ke sungai.
Penduduk di kampung berkenaan mengamalkan pelbagai upacara yang besar-besaran seperti
upacara perkahwinan, pengkebumian mayat dan 'tinauh'.Upacara ini amat dikenali dalam
masyarakat murut dan ia merupakan satu bentuk penghantaran berian secara besar-besaran
yang terakhir daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Pada suatu hari, salah seorang penghuni di rumah panjang berkenaan telah mengadakan majlis
tinauh di tempat kediamannya.Semasa mereka sedang bersuka ria, tiba-tiba sahaja mereka
telah kehabisan kayu api dan menyebabkan apa mereka padam. Hal berkenaan telah diadukan
oleh penghuni berkenaan kepada ketua rumah panjang dan selepas bermesyuarat, mereka pun
bersetuju untuk mendapatkan bantuan api dari rumah panjang di seberang sungai berkenaan.
Tetapi malangnya penghuni rumah panjang di seberang tidak dapat menghantar api berkenaan
kerana pada masa itu Sungai Sepulut sedang banjir besar dan tidak boleh diseberangi kerana
alirannya terlalu deras dan merbahaya.
Ketua rumah panjang berkenaan terus memanggil-memanggil dengan penuh harapan dan mereka
mulai merasa takut kerana hari semakin gelap. Keadaan mula menjadi sunyi sepi dan penghuni
di rumah panjang yang sedang bersuka-ria itu mula merasa cemas. Jiran mereka di seberang
sungai masih dapat melihat keadaan mereka dan ini menyebabkan mereka merasa sedih dan
bersimpati. Ketua rumah panjang berkenaan kemudian memanggil semua anak-anak buahnya dan
mereka telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan apa tindakan yang boleh diambil
bagi membantu kawan-kawan mereka di seberang.
"Apa kata kalau kita mengikat sebatang kayu yang bernyala di kepala seekor anjing dan
menyuruhnya berenang ke seberang.." Tiba-tiba seorang pemuda yang agak segak dan gagah
memberikan cadangannya. Semua penduduk dirumah panjang berkenaan bersetuju sebulat suara
dan mereka kemudian mendapatkan seekor anjing dan mengikat sebatang kayu yang bernyala ke
kepalanya. Anjing itu kemudiannya diarahkan oleh mereka untuk berenang, bagaimanapun
anjing berkenaan tidak sempat sampai ke seberang kerana telah hanyut dibawa arus deras,
tetapi mujurlah ia dapat menyelamatkan dirinya. Hal yang berlaku itu diangap lucu oleh
para penghuni rumah panjang tersebut lalu mereka ketawa terbahak-bahak hingga lupa masalah
yang sedang mereka hadapi kelak...!!
Lain pula halnya dengan jiran mereka yang sedang menanti dengan penuh harapan diseberang
sungai, mereka hanya memperhatikan dengan tenang peristiwa berkenaan dan tidak
mentertawakan anjing yang malang itu kerana takut peristiwa buruk akan menimpa mereka
kelak.
Setelah kegagalan anjing berkenaan, mereka telah mencari ikhtiar lain. Kali ini mereka
telah menggunakan seekor ayam jantan. Mereka telah mengikat kayu yang bernyala ke seekor
ayam jantan berkenaan dan mengharapkan ayam berkenaan dapat terbang ke seberang sungai dan
seterusnya memberikan bantuan api berkenaan.
Ayam jantan berkenaan telah diterbangkan ke seberang, bagaimanapun ayam jantan berkenaan
telah jatuh ke dalam sungai sebaik sahaja sampai di tengah-tengah sungai. Sekali lagi para
penghuni rumah panjang berkenaan tertawa terbahak-bahak melihat peristiwa lucu berkenaan
tanpa menghiraukan keadaan sekeliling mereka yang semakin gelap.
Setelah kehabisan ikhtiar dan usaha maka penghuni dirumah panjang sedang menantikan
bantuan berkenaan pun balik ke bilik kediaman masing-masing kerana sudah tidak sanggup
lagi melihat telatah jiran mereka di seberang sungai. Bagaimanapun sebahagian daripada
mereka masih meneruskan aktiviti masing-masing. Mereka telah mengambil seekor pacat yang
kebetulan berada di ruang minum tapai. Mereka meneruskan aktiviti dengan mempermainkan
pacat berkenaan iaitu memberi minum tapai, tetapi pacat berkenaan tidak mengerti perilaku
manusia kerana pacat berkenaan merupakan seekor haiwan. Aktiviti untuk memaksa pacat
berkenaan minum tapai diteruskan. Keadaan ketika itu melucukan kumpulan berkenaan sehingga
meeka tidak menyedari bahawa perbuatan tersebut boleh membawa malapetaka.
Tiba-tiba angin ribut muncul, hujan lebat, petir dan solah-olah peperangan dunia kedua.
Keadaan menjadi huru hara dan petanda malapetaka akan menimpa kampung sebelah.
Semua penghuni rumah seberang merasa takut dan mula mendiamkan diri. didalam hati mereka
telah timbul rasa kesal yang amat sangat kerana telah melanggar adat dan pantang larang
nenek moyang mereka. Dalam suasana rasa tidak tenang, tiba-tiba mereka ternampak sesuatu
berwarna hitam gelap telah jatuh dari langit dan secara kebetulan benda tersebut jatuh
tepat mengenai bumbung rumah panjang mereka.Dengan serta merta rumah panjang mereka
menjadi batu berserta dengan penghuninya sekali dan batu itu amat tinggi sekali pada masa
itu.
Manakala anjing dan ayam jantan yang digunakan untuk menghantar bantuan api ke rumah
panjang yang telah bertukar menjadi batu juga telah berubah menjadi batu yang menyerupai
bentuk kedua-dua jenis binatang berkenaan. Kedua-dua batu berkenaan tersadai di tebing
Sungai Sepulut.
Malapetaka yang menimpa rumah panjang di seberang sungai berkenaan menyebabkan rumah
panjang yang berdekatan dengan peristiwa tersebut terlibat dari pancaran sinar matahari
dimana penghuninya merasa bosan kerana batu yang menghalang pancaran matahari di sebelah
rumah panjang berkenaan tidak dapat menembusi batu berkenaan dan keadaan persekitaran
rumah panjang yang tidak terlibat dengan malapetaka berkenaan dalam keadaan gelap.
Setelah sepakat, keluarga rumah panjang berkenaan telah bersetuju agar tujuh orang adik
beradik berkenaan pergi ke batu berkenaan untuk menebang puncak yang menutupi pancaran
matahari ke rumah panjang mereka. Adik pertama gagal dan seterusnya, sehingga kepada yang
bongsu, maka sebahagian puncak batu berkenaan dapat di tebang dan pancaran mataharipun
dapat menyinari persekitaran rumah panjang mereka. Adik yang bongsu tadi digelar sebagai
wira. Sungguhpun batu berkenaan dapat ditebang sebahagiannya, ianya masih meninggal
punggul yang masih tinggi dan sehingga kini batu berkenaan kelihatan yang masyarakat pada
dahulu kala memanggilnya "Batu Punggul"
Melalui cerita & legenda ini, pihak kami berpendapat bahawa batu berkenaan berkemungkinan
lebih tinggi daripada yang kita lihat sekarang ini. Selain dari itu kewujudan Batu Punggul
tidak dapat dikesan, namun perkiraan dan mengikut kajian sejarah melaluid - Geological
Shell Britisah ( Pakar Pencari Minyak ) kami berpendapat bahawa Batu Punggul ini wujud
sejak beribu tahun yang lalu. Tiada ketepatan tahun yang dapat dinyatakan.
Sumber : Masyarakat Sapulut, Pejabat Daerah, Arkib Jabatan
Kredit SayangiNabawa

Ulasan
Catat Ulasan