Seringkali kita mendengar individu yang ingin meningkatkan pendapatan mereka, pasti akan
menyekat beberapa perbelanjaan yang tidak diperlukan.
Jika anda memilih untuk meningkatkan pendapatan dengan hanya bekerja di rumah, terdapat
banyak peluang di luar sana buat anda. Tidak kira sama ada pekerjaan tersebut memberikan
gaji yang sedikit, tetapi jika anda bijak untuk mencari peluang sudah tentu ia akan
meningkatkan pendapatan.
#1 – Penulis Bebas
Jika anda mempunyai minat dan bakat dalam penulisan, kerjaya sebagai penulis bebas sesuai
buat anda. Terdapat pelbagai laman web yang boleh anda gunakan seperti FreelanceSwitch,
Odesk, Upwork dan ArticleTeller yang memberikan peluang besar untuk mengembangkan bakat
yang sedia ada.
Selain itu, anda juga boleh menjana pendapatan dengan hanya menulis blog dan memberi ruang
kepada peniaga di luar sana untuk iklankan produk mereka. Secara tidak langsung, dengan
hanya duduk di rumah anda juga dapat meningkatkan pendapatan tanpa perlu bersusah payah
untuk mencari pekerjaan di luar sana.
#2 – Jurulatih Peribadi
Adakah anda seorang yang mementingkan kesihatan dan gemar melakukan aktitivi kecergasan?
Jika ya, apa kata mencuba pekerjaan ini, dengan menjadi seorang pelatih peribadi. Dengan
wujudnya zaman serba canggih, anda tidak perlu lagi untuk memberi latihan secara
bersemuka. Skype dan Facetime adalah satu alat komunikasi yang anda boleh gunakan, untuk
berkomunikasi dengan mereka.
Selain itu, jika anda sudah berpengalaman dalam pekerjaan ini, anda boleh menggunakan
pelbagai saluran di media sosial sebagai salah satu cara untuk mempromosikan perkhidmatan
yang di tawarkan oleh anda. Antaranya adalah, Facebook, Twitter, LikedIn dan sebagainya.
#3 – Pelukis
Jika anda mempunyai bakat seperti melukis, ambil peluang ini untuk menghasilkan lukisan-
lukisan menarik yang dapat menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Secara tidak
langsung, dengan hanya duduk di rumah anda juga boleh menjana pendapatan seperti orang
lain. Etsy merupakan sebuah laman web yang memberi peluang kepada anda untuk menghasilkan
beberapa karya yang menarik. Manakala, Cafe Press juga merupakan laman yang dapat menjal
hasil karya seni anda.
#4 – Menyewa Rumah/Bilik
Jika anda seorang individu yang suka bersosial dan gemarkan orang lain datang ke tempat
anda, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan menyewa bilik ataupun rumah. Ini juga
memberi peluang kepada mereka yang sedang bercuti dan masih mencari-cari tempat lokasi
untuk didiami.
Selain itu, buat pelajar kolej mahupun pekerja yang tidak mempunyai timpat tinggal, anda
boleh menyewakan tempat tersebut kepada mereka. Dengan itu, anda tidak perlu risau lagi
kerana wang akan sentiasa masuk pada setiap bulan.
#5 – Guru Peribadi
Adakah anda seorang yang suka mengajar, tetapi mahukan suasana yang lebih tenang dan
selesa serta tidak memerlukan pakaian yang formal? Kini, terdapat banyak peluang untuk
anda menjadi seorang guru peribadi dengan hanya mengajar di rumah dan tidak perlu mengajar
di sekolah. Contohnya, Tutor.com juga memberi peluang kepada anda untuk mengajar dalam
subjek matematik, sains, muzik dan sebagainya. Apa jua bidang yang anda minati, haruslah
seiring dengan usaha yang diberikan.
#6 – Pengasuh
Menjadi seorang pengasuh merupakan satu pekerjaan yang amat mulia kerana tidak semua mampu
untuk melakukannya, kerana ia memerlukan kepakaran yang tinggi untuk menjaga kanak-kanak
yang masih kecil. Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, mereka boleh menghantar anak-anak
mereka kepada pengasuh.
Selain itu, jika anda mempunyai sijil CPR dan mempunyai latar belakang dan berpengalaman
dalam menjaga kanak-kanak, ia merupakan satu bonus buat anda. Kerana, ibu bapa mempunyai
kepercayaan yang lebih tinggi untuk menghantar anak-anak mereka. Laman web Care.com
merupakan salah satu peluang buat anda.
#7 – Tukang Jahit
Memilih kerjaya sebagai seorang tukang jahit juga dapat meraih pendapat yang agak tinggi.
Bukan sahaja pakaian tetapi anda juga boleh menjahit mengikut kreativiti yang diinginkan
sepeti membuat tot beg, menjahit kain langsir, sarung tilam dan pelbagai lagi.
Walau bagaimanapun, anda juga boleh menggunakan laman web mahupun blog sebagai platform
untuk mengembangkan bakat serta mempromosikan perkhidmatan anda dengan cara yang lebih
mudah dan pantas. Dengan ini, lebih ramai orang akan tahu tentang kewujudan produk
tersebut.
#8 – Menjual Buku/Nota
Sebagai seorang pelajar, sudah tentu anda memerlukan wang perbelanjaan untuk menyara
kehidupan di Universiti. Kini, terdapat pelbagai cara untuk anda menjana pendapatan dan
tidak perlu lagi mencari pekerjaan di luar sana. Terdapat laman web yang memberi peluang
kepada anda untuk memuat naik nota besertakan dengan harga, dan apabila pelajar tersebut
muat turun nota tersebut anda akan terus mendapat bayaran daripada mereka.
sumber:majalah niaga

![]() |
gambar hiasan |

Ulasan
Catat Ulasan