
Menghadiri temu duga boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan .Temu duga merupakan penentu masa depan anda .Sama ada berjaya atau tidak untuk mendapatkan pekerjaan yang di pohon bergantung pada prestasi yang anda tunjukkan semasa temu duga .
Apa yang harus anda faham tentang temu duga? Apa maklamatnya? temu duga diadakan untuk memberikan peluang kepada majikan untuk lebih mengenali diri anda , mengenali persnaliti anda dan menentukan sama ada anda sesuai atau tidak untuk jawatan tersebut.
temu duga sebenarnya bersifat dua hala.temu duga juga meberikan peuang kepada anda untuk mengetahui latar belakang syarikat ,menilai sama ada syarikat tersebut stabil atau tidak dan anda juga dapat memastikan apa-apa yang anda harapkan dari segi gaji dan faedah lainnya adalah sesuai dengan kehendak anda.
lazimnya ,di negara kita ini kebanyakan temu duga dikendalikan dalam bahasa melayu sekiranya anda memohon untuk mendapatkan pekerjaan dalam agensi kerajaan. tetapi ,bahasa inggeris digunakan secara meluas dalam sektor bukan kerajaan .tidak dinafikan bahasa inggeris adalah penting dalam urusan seharian kerana kebanyakan urus niaga yang melibatkan pengaruh syarikat luar negeri dilakukan dalam bahasa inggeris.oleh itu tidak hairan jika majikan ingin menguji kefasihan anda bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris.
1.ceritakan serba sedikit tentang diri anda.
= Sejak awal lagi saya telah berusaha untuk membentuk kerjaya saya untuk menjadi seorang perunding kewangan yang terbaik .untuk mencapai maklamat ini, saya telah melajutkan pengajian dalam bidang perakaunan di Universiti malaya.dua tahun selepas memperoleh ijazah ,saya telah menduduki peperiksaan kelayakan ACCA dan berjaya. saya mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman kerja dalam bidang perakaunan dan pengurusan perniagaan.saya yakin ,gabungan kedua-dua aspek akademik dan pengalaman telah menjadikan saya bersedia untuk memikul tanggungjawap ini.
2.Adakah anda mempunyai hobi?apakah yang anda suka lakukan pada masa lapang?
=ya,saya mempunyai hobi.saya suka membaca dan saya selalu memastikan bahawa saya membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap bulan .saya selalunya membaca sebelum tidur.saya juga gemar bersukan dan mendengar muzik .saya bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sambil mendengar muzik kegemaran saya.
3.apakah buku terbaru yang telah anda baca?
=buku terbaru yang telah saya baca ialah blink yang ditulis oleh malcolm gladwell.satu buku yang amat menarik bagi saya.
4.Apakah yang anda mahu dalam kehidupan anda?
=saya berharap agar saya dapat memberikan sumbangan yang baik kepada masyarakat melalui kerja ,idea dan usaha saya .saya mahu diingati sebagai seorang yang telah berjasa dalam pembangunan negera.
5.mengapakah kami patut mengambil anda bekerja?
=secara jujur,saya merasakan bahawa saya ialah calon yang terbaik untuk jawatan ini.saya tahu mungkin ada orang lain yang mempunyai kebolehan yang setara dalam melakukan kerja ini,tetapi saya yakin kelayakan akademik ,pengalaman dan minat yang ada dalam diri saya dapat mendorong saya untuk memberikan yang terbaik kepada syarikat.
SEKIAN 5 TIPS SOALAN LAZIM KETIKA TEMUDGA .
semoga berguna untuk yang baru mencari pekerjaan.
Ulasan
Catat Ulasan