Langkau ke kandungan utama

4 Cara Untuk Ketahui Minat Dan Bakat Sebenar Anda




Ada di antara kita yang masih tidak tahu apakah minat dan bakat sebenar yang kita miliki

atau mempunyai potensi untuk digilap.

Mungkin kebanyakkan kita mahir melakukan sesuatu kerana kita diajar untuk melakukannya

atau kita melihat orang lain melakukannya.

Pandai melakukan sesuatu tidak bermakna itulah perkara yang anda minati ataupun itulah

satu-satunya bakat anda.

Boleh jadi ia adalah salah satu daripada kepandaian atau kemahiran anda tetapi itu

bukanlah minat sebenar anda.

Dengan melakukan apa yang anda minati pasti akan membuatkan anda berasa lebih gembira.

Malahan ramai tokoh usahawan di luar sana berhasil menjadi kaya dan berjaya dengan

mengusahakan apa yang mereka minati dengan sepenuhnya dan menggabungkannya dengan bidang

perniagaan.

Berikut adalah panduan bagaimana anda dapat mengenal pasti minat dan bakat sebenar anda

yang anda sendiri mungkin tidak tahu.


#1-Bina Banyak Kenalan Yang Baharu.


Berada dalam lingkungan sosial yang baharu adalah cara terbaik untuk anda mengenal pasti

minat anda yang sebenar.

Perkenalan dengan orang lain akan mendedahkan anda kepada perkara-perkara baharu yang anda

mungkin tidak tahu sebelum ini.

Anda mungkin boleh mencuba perkara baharu berdasarkan hobi, idea dan pendapat orang lain.

Mungkin juga ada ingin melakukan sesuatu namun tidak ada keberanian kerana bersendirian.

Dengan adanya rakan baharu yang berkongsi minat yang sama anda boleh melakukannya

bersama-sama.

Jika anda mahu mula belajar melakukannya namun tidak tahu bagaimana untuk bermula, anda

boleh berhubung dengan mereka yang sudah pandai, lalu belajar atau bertanyakan caranya.

Jika anda bukanlah seorang yang gemar dan mahir bersosial, tidak mengapa. Tidak perlu

keluar dan berkenalan secara berdepan.

Anda boleh berkenalan mereka dalam dunia maya jika itu yang lebih menyelesakan anda.

Hanya perlu sertai mana-mana kumpulan sosial yang berkaitan dengan minat anda yang baharu

seperti ‘group hiking’, group travel’, ‘group masakan barat’, ‘group baking’ serta macam-

macam lagi.

Belajarlah secara penuh semangat dan cubalah dengan sebaik yang mungkin supaya anda boleh

lihat sejauh mana potensi anda.

#2-Cubalah Beberapa Hobi Baharu Serentak.

Jangan bazirkan masa dengan melakukan satu perkara sahaja pada satu masa.

Jika kita hanya mencuba satu aktiviti baharu misalnya seperti bermain gitar dan kita ambil

masa yang lama untuk memahirinya dan sekiranya kita dapati kita kurang berminat bermain

gitar kemudiannya ia agak merugikan.

Kerana kita telah melaburkan sejumlah wang, tenaga dan masa untuk tujuan mendalami diri

kita sendiri.

Cara yang terbaik, lakukan beberapa hobi atau aktiviti baru pada waktu yang sama.

Pastikan anda tidak pernah melakukannya sebelum ini dan lihat hasilnya setiap kali anda

melakukannya.

Walaupun anda masih tidak mahir, pasti akan ada salah satu aktiviti yang paling dominan

yang anda gemari.

Setelah beberapa ketika, anda boleh bandingkan aktiviti yang mana satukah yang paling

membuatkan anda gembira.

Jika anda masih tidak berasa benar-benar gembira dan bersemangat ketika melakukan kesemua

aktiviti yang anda telah pilih bermakna anda harus mencuba aktiviti yang lain pula

sehingga anda menemui minat dan bakat anda yang sebenarnya.

#3-Baca Sejumlah Besar Buku-Buku.


Buku? Perlukah untuk membaca buku jika anda bukan ulat buku? Jawapannya perlu! Kenapa?

Tidak kisahlah ‘genre’ buku apa yang anda mahu baca, ia akan bantu kita untuk memahami

minat kita sendiri.

Bagaimana ia boleh bantu kita sedangkan membaca ternyata bukanlah aktiviti yang kita suka

sejak dari dahulu?

Setiap buku ada menceritakan kisahnya yang tersendiri. Ada kehidupan disebalik kisah yang

terkandung dalam buku itu hatta komik sekalipun.

Manusia sering mendapat inspirasi daripada apa yang mereka lihat dan dengar.

Kita belajar daripada kehidupan dan pengalaman orang lain dan jadikan ia sebagai teladan.

Semasa membaca, kita akan mendapat pengetahuan baharu yang mungkin kita tidak pernah tahu.

Banyak idea-idea baharu boleh muncul melalui pembacaan anda kerana membaca sebenarnya

memberi ruang untuk kita berfikir dengan kritis.

Anda bukan sahaja boleh mendapat idea untuk minat anda yang sebenar malahan jika anda

meminati bisnes, anda boleh gabungkan ilham baru mengenai perkara yang anda minati dengan

bisnes untuk menjana pendapatan.

Dengan membaca, anda akan dapati yang hala tuju hidup anda lebih jelas dan senang untuk

mengatur langkah.

Apakah perbezaan membaca buku dengan membaca secara elektronik.

Mungkin nampak seperti tiada beza namun sebenarnya membaca dengan kaedah yang lama mungkin

lebih memberi fokus dan masa untuk anda bersendirian dan berfikir dalam dunia anda

sendiri.

Sebaliknya, membaca menggunakan gajet, anda mungkin akan mudah terganggu dengan media

sosial dan lain-lain daripada fokus kepada pembacaan dan menghayatinya.

#4-Melancong Ke Tempat-Tempat Baharu.


Melancong ke tempat-tempat menarik sudah menjadi satu ‘trend’ baharu dalam komuniti

milenia kita.

Ramai yang bercuti dan melancong untuk mencari pengalaman di tempat orang, untuk

menghilangkan stress dan pelbagai sebab lagi.

Melancong sebenarnya bukanlah sekadar memberi kenangan dan membeli cenderahati, sebaliknya

boleh menjadi inspirasi untuk kita mendalami minat kita yang sebenar.

Mungkin jika kita terjumpa aktiviti atau benda baharu yang kita minati di situ namun tiada

di tempat asal kita, nah, ini adalah peluang kita untuk membawanya pulang ke ke tempat

kita dan memperkenalkannya kepada orang lain.

Silap haribulan boleh menjadi idea bisnes ataupun mungkin kita terlalu gemar melancong dan

hanya melancong, jadi bukalah agensi pelancongan sendiri.

Itu adalah contoh idea bisnes berdasarkan minat yang anda boleh lakukan. Anda boleh

melancong tanpa perlu mengeluarkan wang sambil berniaga.


SUMBER : MAJALAHNIAGA

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...