Langkau ke kandungan utama

1,023 terima darjah kebesaran


MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,

mendahului senarai 1,023 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri

Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menerima darjah kebesaran tertinggi Seri

Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima bersama enam lagi

penerima lain.

Turut menerima SPDK ialah Menteri Wiilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan

Tengku Mansor; Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang; Ketua Polis Negara,

Tan Sri Mohd Fuzi Harun; dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri

Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Ahli Majlis UPKO

Turut tersenarai ialah Ahli Majlis Molohingan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut

Bersatu (UPKO), Datuk Tuanku Balanggung @ Egbert Evaristus dan Pengarah Eksekutif Tanjung

Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED), Datuk Victor Subbrayan Paul.

Sementara itu, seramai 67 orang menerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK)

yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerima PGDK ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Limus Juri; ADUN

Luyang, Dr Hiew King Cheu; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah, Abdul Manap

Lakariba dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr D Kamaruddin D Mudin.

Turut tersenarai ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din dan Panglima Armada Timur

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra

Syed Osman.

Penerima lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Awang Damit Awang

Anak; Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Wilis Ansoi; Pengarah Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS) Negeri Sabah, Yahiya Awang Kahar; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer

Negeri Sabah, Dr Mingu Jumaan.

Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, Idrus Shafie; Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah

(LSNS), Penyuki Matta; Ketua Daerah Kota Kinabalu, William Majimbon dan Presiden Badan

Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Jasni Matlani.

14 terima Jaksa Pendamai

Seramai 14 orang menerima Jaksa Pendamai, antaranya bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah,

Datuk Peter Pang En Yin; ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang; Ketua Pemuda UMNO Sabah,

Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri UMNO Sabah, Normalah Rasik.

Sementara itu, seramai 88 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 156

penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 233 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 306

penerima Bintang Kinabalu (BK) dan 152 orang menerima Sijil Kehormat (CH).

SUMBER : BERITA HARIAN

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...