Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Pujuk bersekolah kembali

 Syawal Mukhriz mencedok nasi untuk neneknya di rumah mereka Alor Setar: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) sedia memujuk Syawal Mukhriz Abdul Razak, 14, kembali bersekolah supaya tidak terus keciciran pelajaran. Pengawai JPN Kedah, Abdullah Abdul Manaf berkata, jika bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah itu berminat menyambung pelajaran, pihaknya akan membantu memudahkan urusan berkaitan. Katanya, pihaknya menyemak status Syawal Mukriz yang dibuang sekolah pada 20 Ogos lalu dan tindakan itu dibuat mengikut prosedur JPN selepas mengeluarkan surat amaran sebanyak tiga kali kepadanya sebelum ini. “Surat amaran itu dikeluarkan kali pertama pada 3 Mac 2017 disusuli surat kedua pada 11 Mei, manakala surat amaran kali ketiga pada 14 Julai, namun masih tiada sebarang jawapan. “Selepas itu baru surat diberhentikan sekolah dikeluarkan pada 20 Ogos lalu, namun kami berharap pelajar ini kembali ke sekolah, malah Pengarah JPN negeri, Datuk Azuyah Hassan mahu saya memujuknya

Empangan Pedu cecah paras amaran

KUALA LUMPUR: Paras air di Empangan Pedu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dilapor mencecah paras amaran menerusi bacaan 99.18 meter setakat jam 7 pagi tadi. Berdasarkan entri akaun Twitter @JPS_InfoBanjir, bacaan itu melepasi 0.42 meter. Kemas kini mutakhir laman web rasmi Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (http://publicinfobanjir.water.gov.my) pada jam 7.45 pagi tadi menyatakan, paras sungai di stesen Bintulu Belaga Road, Sarawak mencatat bacaan 7.45 meter, melepasi paras berjaga- jaga 7.30 meter.

B.O.S mahu gegar Shah Alam

SEBAHAGIAN penyokong setia JDT akan menggegarkan Stadium Shah Alam selaku pemain ke-12 dalam pertembungan menentang Kedah pada aksi final Piala Malaysia, Sabtu ini. . - Foto Mohd Azren Jamaludin JOHOR BAHRU: Lebih 4,000 penyokong setia Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menggelarkan diri mereka Boys Of Straits (B.O.S) akan menggegarkan Stadium Shah Alam selaku pemain ke-12 dalam pertembungan menentang Kedah pada aksi final Piala Malaysia, Sabtu ini. Lebih menarik, kali ini B.O.S berjanji untuk memberikan kejutan kepada penyokong dan pemain di stadium dan akan sentiasa memberi sorakan padu sebaik wisel permainan ditiupkan sehingga tamat perlawanan. "Untuk final di Shah Alam, saya menjangkakan lebih 4,000 komrad (penyokong) dari 10 daerah di Johor, satu kumpulan dari utara dan paling istimewa kami dapat kumpulkan penyokong JDT dari Singapura. "Pembabitan penyokong B.O.S dari Singapura adalah pertama kali dan sesuai dengan kehendak pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Is

Ustaz Bollywood mahukan penjelasan

"SAYA mahukan penjelasan, di mana rasionalnya mengatakan saya memecahbelahkan antara orang Islam dan bukan Islam," kata pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim susulan beliau diharamkan berceramah serta memasuki negara Singapura. Haslin yang popular dengan panggilan Ustaz Bollywood berkata, perkara itu membuatkannya seperti 'digantung tidak bertali' kerana diharamkan ke negara itu tanpa diberi penjelasan yang menyeluruh kepadanya mengenai isu yang dibangkitkan. "Saya pun tercari-cari ceramah yang mana mengatakan saya menggalakkan perpecahan antara rakyat negara itu. "Dalam dua hari ini, saya mahu bersemuka dengan pihak agama Islam Singapura untuk diberi penjelasan dan tunjukkan video ceramah saya serta di mana tempatnya. "Kalau ceramah di Malaysia, mereka (kerajaan Singapura) tak boleh campurkan dengan hal ehwal di Singapura kerana saya berceramah mengikut isu semasa serta latar belakang penonton yang hadir," katanya ketika dihubungi, hari ini. Menur

Bekas pemimpin tuduh tanpa fakta - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan para tetamu pada Majlis Makan Malam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sebuah hotel terkemuka malam ini. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin negara membuat tuduhan tanpa fakta termasuk kononnya Malaysia adalah antara 10 negara paling korup di dunia, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, ketika dicabar untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan berkenaan, individu terbabit gagal berbuat demikian kerana ia 'mengarut'. Berdasarkan Penarafan Terkini Transparensi Antarabangsa, katanya, Malaysia tidak disenarai antara 10 atau 100 negara paling korup, sebaliknya berada dalam kelompok ketiga negara kurang rasuah, dan berkedudukan ke-55 daripada 176 negara yang lain. "Beliau (bekas pemimpin negara) membuat pelbagai dakwaan mengenai kerajaan. Salah satu daripadanya ialah Malaysia akan muflis. "Walaupun saya fikir Bank Dunia mengatakan ekonomi Malaysia dipertingkatkan daripada sudut kekuatan, ra

Syarikat urus Che Ta, Janna Nick lamar Liza Hanim

LIZA Hanim.- Foto Nik Hariff Hassan KUALA LUMPUR: Belum pun mula bersaing di pentas musim keempat Gegar Vaganza (GV), Liza Hanim sudah 'disambar' syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) milik penyanyi Dafi dan rakan kongsinya, Afeeq. Penyanyi Siapa Sangka Sangka Menduga itu rupa-rupanya sudah dua bulan dinaungi syarikat yang turut menguruskan kerjaya bintang popular seperti Rozita Che Wan, Janna Nick dan Jihan Muse. Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim menandatangani kontrak dengan LOL bagi tempoh dua tahun. Memberitahu BH Online, Liza mengaku tertarik dengan strategi dan keterbukaan LOL menguruskan kariernya. "Dalam banyak syarikat pengurusan yang cuba menawan hati, LOL boleh dikatakan bersungguh- sungguh mahu menyunting saya. Syarikat mereka sabar dan memahami kedudukan saya sebagai ahli perniagaan, isteri dan ibu. "Biar apa pun perancangan, mereka faham keluarga menjadi keutamaan. Saya cukup tertarik dengan tenaga kerja dan p

Dulu Wanita Ini Seorang Eksekutif Perbankan, Kini Dia Seorang Pejuang Muay Thai, Kisah Yang Perlu Anda Baca Sebagai Motivasi

Ada sesetengah daripada kita sudah tahu apa yang mereka inginkan dalam hidup sejak dari kecil lagi. Contohnya, mereka bercita-cita mahu menjadi doktor apabila mereka besar nanti dan seperti yang dijangka, mereka cemerlang dalam bidang sains di peringkat sekolah, melanjutkan pelajaran ke universiti dan seterusnya menjadi doktor. Namun, ada juga sesetengah daripada kita yang berjaya, tidak melalui laluan hidup yang lurus seperti yang diinginkan. Keinginan yang berbeza membuatkan sesetengah daripada kita mencuba sesuatu yang berbeza dan ada daripada kita terpaksa melalui perubahan karier. Seperti contoh, Germaine Yeap yang dahulunya seorang eksekutif bank, kini mengubah kariernya menjadi seorang pejuang Muay Thai. Beliau juga datang dari latar belakang keluarga banking. Ayah, datuk dan moyang beliau kesemuanya pernah berkecimpung dalam industri perbankan. Malah moyang Germaine memiliki bank miliknya sendiri. Jadi tidak hairanlah beliau melibatkan diri dalam industri banking untuk merialis

''Bukan Radas Ujian Makmal Sekolah, Tapi Tools Untuk Hisap Syabu'', Ibu Bapa Tolong Cek Beg Sekolah Anak-Anak

Dadah sememangnya boleh merosakkan diri, keluarga dan masyarakat. Tak hairanlah bila kerajaan isytiharkan dadah sebagai musuh negara. Ada yang sihat tubuh badan, kerana dadah jadi kurus kering dan tak terurus. Ada yang berjawatan tinggi, kerana dadah dia dibuang kerja, berhutang dan hidup merempat. Yang nyata, menghisap dadah memang tiada baiknya untuk sesiapa pun. Pegawai Antidadah dikenali sebagai Nadia Hazmi telah berkongsi info menarik yang perlu diberi perhatian terutama oleh ibu bapa, supaya dapat mengawasi aktiviti anak-anak mereka. Kami bawakan perkongsiannya agar anda dapat manfaat darinya. IBU DARI NERAKA. Pernah digegarkan satu ketika dulu satu video seorang anak kecil dipaksa ibunya menghisap dadah. Ops! Sorry, tak layak kot dipanggil ibu tapi syaitan. Fikir guna waras akal kita, mana mungkin seorang ibu sanggup merosakkan anaknya. SALAH. Tapi tak salah bagi seorang penagih syabu. Dalam banyak-banyak dadah yangg Kak Nad kenal dalam dunia penagihan ni, syabu dadah paling Gil

Kejayaan awal MIB dilihat menerusi Bajet 2018

S SUBRAMANIAM (tengah) bersama S. K. Devamany (kanan) dan M Saravanan (kiri) dalam satu sidang media khas bersama wartawan di Ibu Pejabat parti itu. - Foto Supian Ahmad KUALA LUMPUR : Kejayaan dan keberhasilan terhadap pelaksanaan Pelan Induk Masyarakat India (MIB) yang bermatlamat meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi komuniti India di negara ini akan dapat disaksikan menerusi Bajet 2018. Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata beberapa pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ternyata memberi rangsangan positif untuk pihaknya lebih fokus memastikan setiap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan dalam MIB, dicapai. Beliau berkata, peningkatan kuota sebanyak tujuh peratus dari segi pembabitan masyarakat India dalam perkhidmatan awam dan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UM), boleh dianggap satu pengumuman besar. "Inilah apa yang kami perjuangkan sejak sekian lama. Sekarang ini jumlah penjawat awam India hanya sekitar empat hingga 4.2 peratus saj

JDT, Kedah tentukan siapa Raja Bola Sepak Malaysia

AKSI kedua-dua pasukan bakal tentukan siapa Raja Bola Sepak Malaysia bagi memburu kejuaraan trofi berprestij itu, 4 November ini. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat JOHOR BAHRU: Bekas pemain Johor, Rizal Sukiman menganggap pertembungan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Kedah pada final Piala Malaysia, Sabtu ini bukan sekadar memburu kejuaraan trofi berprestij itu semata-mata. Malah beliau menganggap pertemuan juara Liga Super dan juara Piala FA itu bakal menentukan status kuasa bola sepak di Malaysia. "Pada saya ini bukan sekadar final, sebaliknya ia berkaitan dengan kuasa bola sepak di Malaysia. JDT juara Liga Super serta Kedah juara Piala FA dan pada saya siapa yang menang di final nanti, mereka adalah Raja Bola Sepak Malaysia," katanya hari ini. Rizal, 45, adalah antara pemain dalam skuad juara Piala Malaysia Johor pada 1991 yang menewaskan Selangor 3-1 di Stadium Merdeka. Dan itu adalah kali terakhir trofi berprestij itu singgah ke bumi Johor selepas usaha JDT diha

Hadkan usia kenderaan berat elak kemalanga

KETUA Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Law Teik Hua. - Foto Syarafiq Abd Samad KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran melaksanakan dasar tamat hayat kenderaan bermula dengan pengangkutan komersial seperti bas dan lori di negara ini, sebagai permulaan kepada usaha mengurangkan risiko kemalangan disebabkan faktor usia pengangkutan terbabit. Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Law Teik Hua, berkata dasar itu perlu dilaksanakan kepada kenderaan komersial kerana impak kemalangan lebih teruk serta kebiasaannya membabitkan jumlah kematian yang tinggi. Katanya, perlu ada kajian mendalam bagi mewujudkan dasar terbabit, khususnya dalam menetapkan had usia yang sesuai, memandangkan kemalangan bukan berpunca daripada satu faktor semata-mata, sebaliknya saling berkait di antara satu sama lain. "Kerajaan mungkin boleh menetapkan had usia 10 tahun seperti di

Pasangan kekasih dihukum gantung sampai mati

MUHAMMAD Samri (depan) bersama Salina Dtiaudin dihukum gantung sampai mati dan penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar atas kesalahan mengedar dan memiliki dadah dua tahun lalu di Kulim. - Foto Sharul Hafiz Zam ALOR SETAR: Sepasang kekasih dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, dua tahun lalu. Hakim Datuk Hashim Hamzah turut menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Muhamad Samri Hashim, 40, yang kudung kaki kanan dan Salina Dtiauddin, 32, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Selain itu, bapa seorang anak terbabit turut dikenakan 10 sebatan. Mengikut kertas pertuduhan, Muhamad Samri dan Salina didakwa mengedar dadah berbahaya heroin seberat 23.32 gram dan monoacethylmorphines 3.55 gram di dalam kereta jenis Proton Perdana di Jalan Bukit Awi, Kulim, dekat sini, pada jam 1 pagi, 12 Mac 2016. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen

Datuk Seri 'pembuli', baik serah diri

FADZIL Ahmat. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat KUALA LUMPUR: Lelaki dipercayai berstatus 'Datuk Seri' yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru di sini kelmarin, diminta segera menyerah diri. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata pihaknya sudah mengenal pasti suspek berusia 29 tahun itu, namun setakat ini suspek belum tampil membantu siasatan. "Suspek dalam kes ini sudah dikenal pasti. "Dia dipercayai bergelar 'Datuk Seri' dan berusia 29 tahun. Justeru, kita minta dia serah diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Fadzil berkata, setakat ini siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. Semalam, BH melaporkan tiga anggota RELA Melvin Ch

Cadangan cuti bersalin 90 hari, resahkan majikan

  PENGARAH Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan. - Foto Azhar Ramli KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) resah dengan cadangan kerajaan mahu sektor swasta menambah cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari seperti dilaksanakan perkhidmatan awam. Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan, berkata keresahan itu berasas kerana penambahan cuti sebanyak 30 hari itu, akan meningkatkan kos syarikat kepada hampir 50 peratus, adalah satu peningkatan mendadak. Katanya, kebanyakan majikan berpendapat, jika mahu meningkatkan bilangan cuti, kerajaan perlu membantu membayar gaji pekerja bagi tempoh tambahan 30 hari itu seperti mana diamalkan di Singapura ketika ini. "Singapura juga sebelum ini memberi cuti selama 60 hari kepada pekerja swasta, tetapi kini kerajaan mereka sudah tingkatkan sehingga 82 hari, tetapi gaji tambahan selama 22 hari itu dibayar oleh kerajaan, bukannya majikan. "Kita boleh berbincang bersama dengan kerajaan bagaimana boleh menyesuaikan ke

Kamal Adli muncul juara Super Spontan Superstar

JUARA Super Spontan Superstar Akhir 2017, Kamal Adli memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi di Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia, Serdang. - Foto Aziah Azmee KUALA LUMPUR: Kontroversi putus cinta tidak menghalang pelakon, Kamal Adli, 31, mempamerkan persembahan konsisten hingga muncul juara program realiti, Super Spontan Superstar 2017, malam tadi. Membawa pulang wang tunai RM100,000, Kamal menumpaskan peserta lain yang rata-ratanya pelawak profesional. Percubaan kali kedua bintang drama Duda Pujaan Dara dalam program itu membuahkan hasil selepas gagal menempah tiket ke pentas final pada musim lalu. Tempat kedua dimenangi Fad Bocey yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000. Tempat ketiga pula diraih rakan seperjuangan, Achey yang memperoleh RM25,000. Kemenangan adalah berdasarkan 100 peratus undian penonton. Pentas akhir program yang bersiaran selama lapan minggu itu turut menampilkan Mamak Puteh, Syuk Balas, Ozlyn, Sharif dan Shahrul Shiro. Masing-masing

Sohaimi Shahadan cedera ditikam

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan cedera ditikam seorang lelaki yang disyaki mengalami masalah mental di hadapan rumah jirannya di Taman Desa Moccis, Sungai Buloh malam tadi. Sohaimi, 48, cedera di bahagian kepala, belakang telinga kanan dan bahu kanan dirawat di sebuah hospital swasta di Damansara. Isteri beliau, Datin Ruby Arshad, 48, berkata kejadian bermula apabila adik iparnya dibaling dengan batu oleh suspek yang juga anak jirannya kira-kira pada jam 8.30 malam ketika dia sedang berbual bersama pemandu suami saya. "Kemudian suami saya membawa beberapa saudara pergi ke rumah suspek untuk memaklumkan dan menegur perbuatan suspek kepada ibu bapanya. "Ketika suami saya mengetuk pintu rumah suspek, ibu suspek membuka pintu dan secara tiba- tiba suspek meluru dari arah belakang dengan bersenjatakan pisau dapur. "Suami saya mengelak tikaman tetapi terkena di bahagian belakang telinga dan bahunya sementara adik ipar saya cedera di bahagian mu

Lelaki mati dibelasah kerana cinta tidak direstui

ALOR SETAR: Kerana bercinta dengan wanita berlainan bangsa, seorang lelaki mati dibelasah enam lelaki di sebuah rumah di Perumahan Awam Mergong, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata mangsa, Thomas Ooi Choon Chai, 33, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas sepasukan anggota perubatan cuba merawatnya jam 11.53 pagi. Katanya, sepasukan polis yang tiba mendapati mangsa yang tidak sedarkan diri berada dalam keadaan terlentang atas kerusi di ruang tamu rumah terbabit. "Siasatan mendapati mangsa dipukul enam lelaki yang dikenalinya sebelum tiga rakannya, termasuk teman wanitanya menghubungi pihak hospital untuk bantuan kecemasan. "Pemeriksaan awal, mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian pipi kiri, berdarah di hidung dan calar di dada," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. Mohd Rozi berkata, siasatan juga mendapati punca kejadian disebabkan mangsa ada hubungan dengan seorang wanita yang tidak direstui keluarg

Kadar BR1M kekal maksimum RM1,200

KUALA LUMPUR: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat diteruskan tahun ini dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200. Tahun lalu, jumlah agihan BR1M kepada rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 dan peserta e-kasih diagihkan kepada RM1,200; isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM900 dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 menerima bantuan RM450. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BR1M tahun ini telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion. Bagi tahun 2018, sebanyak tujuh juta penerima itu akan terus menikmati pemberian BR1M, dengan kadar maksimum sehingga RM1,200. "Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah serta merapatkan jurang pendapatan di Malaysia," katanya. Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat terus menerima agihan bantuan bagi mengurangkan kos sara hidup dengan senang hati dan rasa syukur sejak BR1M diperkenalkan pad

Musa hargai peruntukan besar untuk Sabah

KETUA Menteri, Tan Sri Musa Aman pada sidang media selepas menyaksikan siaran langsung pembentangan Bajet 2018 di Sri Gaya, Kota Kinabalu, sebentar tadi. - Foto Mohd Adam Arinin KOTA KINABALU: Sabah menyifatkan Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bajet yang inklusif, realistik dan komprehensif berdasarkan beberapa tunjang yang digariskan. Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata kerajaan negeri bagi pihak rakyat Sabah turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang prihatin kepada keperluan pembangunan negeri serta kepentingan penduduk Sabah. "Antaranya pembesaran Lapangan Terbang Sandakan dan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk sekolah daif di negeri ini. "Begitu juga peruntukan besar untuk perumahan rakyat, jambatan, jalan kampung, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) serta penyeragaman harga dan 1AZAM," katanya kepada media selepas menyaksikan siaran langsung pembentangan Bajet 2018 di S

Zain teruja jika Che Ta hamil

Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin (kiri) . - Foto Munira Abdul Ghani KUALA LUMPUR: Pelakon, Zain Saidin, mengaku beliau menjadi insan paling gembira jika isterinya, Rozita Che Wan, benar-benar hamil seperti digembar-gemburkan. Malahan, beliau secara peribadi memang mahu mendapatkan adik untuk anaknya, Aaisyah Dhia Rana. "Namun hakikatnya, dia tidak hamil pun. Begitupun, semua ini tak mustahil. Jika ada rezeki, insya-Allah, kami akan ada anak lagi. Pastinya doa orang ramai yang mahu lihat isteri saya hamil akan dimakbulkan," katanya. Zain, 33, mengakui beliau juga bersependapat dengan isterinya, iaitu amat mementingkan soal kualiti berbanding jumlah anak yang ramai. "Saya lihat, dia memang mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam soal pendidikan," katanya. Zain yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama, Kelip Kelip Kota London, berazam untuk meluangkan lebih banyak waktu berkualiti bersama keluarga. Terdahulu, R

'Ibu Segala Bajet' - PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) bersama Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa pembentangan Bajet 2018 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: "Bajet inilah saya boleh katakan Ibu Segala Bajet," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, ini kerana Bajet 2018 adalah belanjawan yang tidak pernah diucapkan dan menghimpunkan serta membabitkan pelbagai latar belakang masyarakat. "Sesungguhnya, saya bagi pihak kerajaan berani berkata demikian kerana pada bajet kali ini, telah terhimpun dan terungkap dalamnya pelbagai premis yang menjadi asas kepada sebuah bajet komprehensif. "Ia mengambil hitung seawal kepentingan bayi yang masih dalam kandungan sehingga lahir ke dunia ini, sampailah urusan masa hadapan negara," katanya pada penutup pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, hari ini. Najib menjelaskan, sejak beliau mengambil alih tampuk kepemimpinan negara ini, belanjawan kali ini bersifat holistik, sarat den

Israel sedia berperang dengan Iran

Menteri Perisikan Israel, Yisrael Katz. TOKYO: Israel sedia mengambil tindakan ketenteraan untuk memastikan Iran tidak akan memiliki senjata nuklear, kata Menteri Perisikannya, Yisrael Katz, semalam di Jepun. Katz berada di Jepun bagi meminta sokongan kepada tindakan keras Presiden Donald Trump ke atas Tehran. Pada 31 Oktober lalu, Trump berkata beliau tidak menjamin Iran mematuhi perjanjian membatalkan program nuklearnya, yang ditandatangani bekas Presiden Barack Obama, membuka ruang selama 60 hari bagi Kongres untuk bertindak mengenakan semula sekatan. "Jika usaha antarabangsa yang kini diketuai Trump tidak membantu menghentikan Iran daripada membina senjata nuklear, Israel sendiri yang mengambil tindakan ketenteraan. "Ada perubahan yang boleh dibuat pada perjanjian untuk memastikan Iran tidak akan dapat memiliki senjata nuklear," kata Katz dalam temubual di Tokyo. Israel mengambil tindakan sehala pada masa lalu tanpa persetujuan sekutu utamanya, Amerika Syarikat, term

'Bukti Malaysia bukan negara gagal'

MENTERI Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong. - Foto Salhani Ibrahim KUALA LUMPUR: Langkah berani kerajaan melakukan perubahan demi kemajuan negara adalah keputusan tepat walaupun tidak disenangi semua pihak. Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata Bajet 2018 menunjukkan kemampuan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur tanpa menjejaskan kedudukan fiskal negara. Beliau berkata, bajet kali ini menunjukkan kerajaan mempunyai semangat dan keupayaan politik menyuarakan kebimbangan rakyat dengan mengumumkan pengurangan cukai pendapatan yang boleh meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, terutama golongan pertengahan 40 peratus (M40). "Bajet 2018 tidak mencerminkan Malaysia sebagai negara gagal kerana negara gagal tidak mampu membentangkan bajet komprehensif. "Sebaliknya, ia menekankan kaedah untuk mengekalkan prestasi tinggi komoditi eksport bertunjangkan 3P iaitu produktiviti, promosi

Kecil bagi orang lain, besar bagi kami

ORANG Kurang Upaya (OKU), Haizal Iskandar Abdullah, 14, menonton pembentangan bajet 2018 secara langsung menerusi televisyen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sambil ditemani neneknya, Riyat Enson Abdullah, 58, di Jalan Kaki Bukit. - Foto Azhar Ramli KUALA TERENGGANU: Kenaikan elaun kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) sebanyak RM50, walaupun mungkin dilihat kecil oleh orang lain, tetapi besar ertinya untuk mengurangkan bebanan golongan itu. Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Mohd Fauzi Mansor, berkata ia dapat membantu beban kewangan golongan OKU, terutama yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan keluarga. "Kita bersyukur dan gembira kerana kerajaan mendengar keluhan golongan OKU seperti kami. Walaupun RM50 kecil nilainya bagi orang lain, bagi OKU seperti kami ia sangat bermakna. "Ini kerana bantuan elaun pekerja cacat sebanyak RM350, elaun am RM200 dan elaun OKU terlantar RM150 sebelum ini tidak mencukupi

Budak 13 tahun dirogol abang tiri hingga lahirkan anak

BALING: Polis menahan dua beradik dipercayai menjadikan adik tiri mereka sebagai hamba seks sejak 2015 sehingga melahirkan bayi lelaki di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata perkara itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 13 tahun mengadu kepada ibu tirinya kerana sakit perut sebelum dibawa ke hospital, jam 3.30 pagi. Katanya, mangsa kemudian bersalin 10 jam kemudian susulan pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan mangsa mengandung hingga menyebabkan ibu tirinya terkejut kerana selama ini tubuh mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan. "Siasatan awal, mangsa memaklumkan dia dirogol abang tirinya berusia 15 dan 13 tahun lebih 30 kali setiap seorang sejak pertengahan tahun 2015 sehingga Disember 2016. "Mangsa yang tinggal di Kuala Ketil, di sini, dirogol kedua-dua abang tirinya ketika ibu bapa mereka tiada di rumah. "Sepasukan anggota kemudian menahan kedua-d

Pesawat Hawk terhempas kerana isu teknikal

TAN Sri Affendi Buang memeriksa perbarisan ketika hadir pada majlis penganugerahan sayap penerbangan Kuartermaster Udara di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan.- Foto Farizul Hafiz Awang TAN Sri Affendi Buang memakaikan sayap kepada peserta ketika hadir pada majlis penganugerahan sayap penerbangan Kuartermaster Udara di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan. - Foto Farizul Hafiz Awang KUANTAN: Masalah teknikal pada rangka sawat dikenal pasti menjadi punca pesawat Hawk 108 M40-02 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas yang mengorbankan dua juruterbangnya pada 15 Jun lalu. Panglima Tentera Udara, Tan Sri Affendi Buang, berkata masalah berkenaan dikesan menerusi siasatan terperinci pasukan khas yang ditubuhkan bagi mengenal pasti punca dan memperbaikinya supaya kejadian sama dapat dielakkan pada masa hadapan. "Ia (punca kejadian) menjurus kepada masalah teknikal pada bahagian rangka sawat pesawat terbabit, sebagai tindakan susulan kita su

Shafie Apdal bebas dengan jaminan

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang direman berhubung siasatan penyelewengan dana awam di Sabah sejak 20 Oktober lalu, dibebaskan dengan jaminan RM100,000 pagi ini. Majistret Cindy Mc Juce Balitus, turut memerintahkan Mohd Shafie membayar deposit RM80,000 sebelum Ahli Parlimen Semporna itu dibawa keluar anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 9.45 pagi. Mohd Shafie sebelum itu tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 9.20 pagi dan dibawa ke Mahkamah Majistret 1 bagi mendapatkan perintah bebas tahanan reman dan menetapkan jaminan SPRM. Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah pada 19 Oktober lalu sebelum direman empat hari bermula 20 Oktober hingga 23 Oktober dan dilanjut empat hari hingga hari ini. Penahanan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek

Dua Abang Durjana Rogol Adik Tiri Lebih 60 Kali Hingga Lahirkan Anak

                                                                  gambar hiasan Adik beradik ditahan dipercayai merogol adik tiri sehingga melahirkan bayi lelaki, semalam. Mereka yang berusia 15 dan 13 tahun ditahan di rumah mereka di Kuala Ketil, Kedah. Mangsa berusia 13 tahun mengadu kepada ibu tirinya (pengadu), dia sakit perut sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk pemeriksaan. Menurut ibunya, kira-kira 3.30 pagi mangsa telah di bawa ke hospital kerana mengadu sakit perut. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata, siasatan awal ibu tiri mangsa berusia 45 tahun tidak mengetahui anak tirinya mengandung kerana tidak nampak perubahan dan tidak pernah dimaklumkan apa yang berlaku. Jelasnya, selepas melakukan pemeriksaan, doktor mendapati mangsa mengandung dan kemudian mangsa melahirkan bayi lelaki tersebut. Mangsa dipercayai dirogol oleh dua abang tiri lebih daripada 30 kali setiap seorang. "Mangsa dipercayai dirogol le

9 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Sangat Unik yang kedua itu betul2 unik. jom baca

Dalam banyak-banyak tempat yang kita terokai, amat jarang untuk kita terokai tentang latar belakang mengenai “negeri dibawah bayu” Sabah. Apa yang membuatkan kami terlintas untuk kongsikan tentang negeri Sabah ini adalah keunikan asal usul daerahnya yang buatkan kami rasa tertarik. Memanglah kebanyakkan tempat di Malaysia ini ada sejarahnya sendiri. Tapi, dalam banyak-banyak asal usul nama tempat di Malaysia, Sabah lah yang paling menarik bagi kami. Jadi, kami nak kongsikan sedikit beberapa nama asal usul daerah Sabah yang ramai orang tak tahu macam mana nama tempat tersebut terhasil. 1. Keningau Keningau Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi pokok kayu manis, sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Murut, mereka memanggilnya sebagai kayu Keningau. Ketibaan orang

Kebesaran Penghulu Segala Hari, 7 Kelebihan Hari Jumaat Dan Mengapa Ia Waktu Yang Paling Mustajab Untuk Berdoa

Jika menginginkan sesuatu kita sering kali akan berdoa, sama ada selepas solat, dan pada masa, juga tempat yang sesuai untuk berdoa. Ia adalah salah satu cara bagi kita untuk meminta dengan lebih ikhlas supaya hati lebih dekat padaNya. Dalam pada itu juga, kita sering diperkatakan akan saat-saat yang mustajab untuk berdoa, seperti sewaktu hujan, atau di antara azan dan iqamat. Tapi, bukan itu sahaja, bagi penghulu hari, iaitu hari Jumaat, ia merupakan salah satu hari yang baik untuk berdoa, dan menurut perkongsian dari Bahagian Dakwah JAKIM, terdapat beberapa kelebihan hari Jumaat, dan mengapa ianya adalah waktu paling mustajab untuk berdoa. Mari kita ikuti perkongsian dari laman tersebut. VALET DOA PERCUMA Tak perlu buang duit untuk bayar valet doa mahal-mahal. Bid'ah semua tu.. Hari Jumaat ni, adalah hari yang afdhal untuk berdoa. Diantara kelebihan hari Jumaat dan waktu yang paling mustajab doa: 1. Penghulu Segala Hari Hari Jumaat penghulu segala hari,sebagaimana sabda Rasululla