Langkau ke kandungan utama

'Zakir Naik Malaysia'


Seremban: “Saya hanya manusia biasa yang mahu menegakkan kebenaran. Kita perlu akui bahawa

kegemilangan Islam bermula daripada ketamadunan,” kata penceramah bebas, Ustaz Auni Mohamed,

41, yang digelar netizen sebagai Zakir Naik Malaysia berikutan memiliki ilmu ketamadunan

Islam yang tinggi selain fakta ceramahnya tidak pernah diketahui umum.

Antara ceramah sering kali menerima pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic,

Freemason, The Da Vinci Code, fitnah akhir zaman, kemunculan dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta

Daish dan Syiah.

Berikutan itu, guru agama di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan

Lepas, Pulau Pinang berkenaan menerima pujian ramai netizen yang menganggap ilmunya begitu

menakjubkan.

Selain itu, ada beranggapan Auni adalah jelmaan penceramah terkenal dari India iaitu Ustaz

Zakir Naik apabila setiap kandungan ceramah disampaikan berasaskan fakta, hadis dan al-

Quran.

Lebih mengagumkan apabila ceramahnya disiarkan di Youtube oleh Abu Khadijah Studio (AKS)

menampakkan Auni tidak membaca sebarang rujukan ketika menyampaikan butiran.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata, setiap isi kandungan ceramahnya berdasarkan

kajian dijalankan, kebenaran dan fakta.

“Saya menafikan diri ini seperti Ustaz Zakir Naik, bahkan ilmu dimiliki juga masih kurang

berbanding beliau (Zakir Naik). Saya makan dan minum seperti manusia biasa, tetapi memiliki

cara tersendiri untuk berdakwah,” katanya dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Ditanya mengenai pendidikan katanya, beliau belajar di sebuah universiti di Kaherah, Mesir

pada 1995 hingga 2004 dalam jurusan Perundangan Islam.

“Sepanjang berada di Mesir, saya menuntut ilmu ketamadunan Islam melalui dua guru agama di

negara terbabit. Saya mengikuti kajian, bacaan dan menerima pengetahuan sejarah betapa

gemilangnya Islam suatu ketika dahulu,” katanya.

Menurut Auni, dia begitu meminati ilmu ketamadunan Islam dan pengkajian dilakukan atas

kemahuan sendiri.

“Islam berdiri atas tiga dasar iaitu akidah, syariat dan akhlak. Sesungguhnya kebenaran

Islam diteladani melalui Nabi dan Rasul,” katanya.

Katanya, sebaik menamatkan pengajian di Mesir, dia berkhidmat sebagai guru Jawi, al-Quran,

Arab dan Fardu ain (JQAF) di SK Relau sehingga kini.

“Saya mula menyampaikan ceramah ketamadunan Islam secara berjadual bermula 2004 hingga 2013.

Kerja dakwah diteruskan secara tetap pada 2014 sebaik AKS merakam ceramah dan memuat naik di

Youtube,” katanya.

Auni berkata, dia bersyukur berpeluang menjelajah banyak negeri tanpa halangan bahkan

masyarakat Islam di negara ini menerima ceramahnya.

Ditanya kebolehannya berceramah tanpa membaca kitab selain memberikan fakta yang unik, Auni

berkata, dia mempelajari kaedah mengingat daripada gurunya.

“Untuk kuat ingatan, jangan meninggalkan solat dhuha dan tahajud. Selain itu amalkan membaca

doa antara dua khutbah Jumaat iaitu surah Yusof ayat 101. Sebenarnya konsep mengingat

menyamai computer maping iaitu hanya pemilik komputer tahu di mana data disimpan di dalam

fail.

“Begitu juga otak manusia perlu menghafal dan menghadam ilmu,” katanya yang berpegang pada

konsep pegangan sejarah yang benar tidak semestinya rasmi dan sejarah yang rasmi tidak

semestinya benar.

Katanya, dia bakal diundang menyampaikan ceramah di Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI), Perak pada Februari tahun depan dan akan mengupas kuliah berjudul Adam Sebelum Adam.

“Alhamdulillah, selain menyampaikan ceramah, saya kini menjalankan kajian mengenai Atlantis

Lemuria, Hubungan kerajaan Sulaiman dan Balqis serta Mount of Ophir di Nusantara,” katanya

sumber:mymetro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...