WASHINGTON: Buat pertama kali dalam sejarah, tentera Amerika Syarikat (AS) mendedahkan
secara terperinci maklumat serangan seksual yang berlaku di setiap pangkalan tentera AS
seluruh dunia.
Menerusi pendedahan itu, laporan yang tinggi diterima dari beberapa pangkalan tentera utama
seperti Stesen Tentera Laut Norfolk di Virginia dan pangkalan luar negara seperti di Korea
Selatan.
Serangan seksual dalam perkhidmatan tentera mencakupi apa saja perlakuan seksual seperti
meraba dan rogol.
Kes yang berlaku dipercayai lebih tinggi berbanding laporan rasmi yang diterima.
Pentagon menganggarkan, kurang daripada satu pertiga mangsa serangan seksual dalam kalangan
anggota tentera melaporkan kejadian itu, tahun lalu.
Menurut laporan itu, 211 laporan serangan seksual diterima dari seluruh pangkalan tentera AS
di Korea Selatan, manakala Norfolk mencatatkan 270 laporan serangan seksual untuk tahun
fiskal 2016, bermula pada Oktober 2015 hingga September 2016.
Ia mencatatkan penurunan sebanyak 21 kes berbanding 291 kes yang dicatatkan di Norfolk pada
tahun 2015.
Pentagon tidak memperincikan kandungan data terbabit tetapi mengakui, lokasi laporan
serangan dibuat tidak semestinya menjurus kepada sebenar serangan itu berlaku. - REUTERS
sumber:beritaharian
Ulasan
Catat Ulasan