Langkau ke kandungan utama

Senarai 10 Harta Karun Yang Masih Belum Ditemui!



BAYANGKAN anda sedang berjalan di dalam hutan dan terjumpa sebuah peti berisi kepingan

syiling emas. Tentu seronok,bukan? Hakikatnya, terdapat banyak harta karun yang sebenarnya

tersembunyi di sekeliling kita dan hanya menunggu masa untuk dijumpai. Artikel ini

menyenaraikan 10 harta karun yang boleh anda cari, jika anda mempunyai banyak masa dan

tenaga!

1.Harta Karun Forrest Fenn



Selepas didiagnos dengan kanser ginjal, Fenn membuat keputusan untuk menyembunyikan sebuah

peti berisi barangan berharga miliknya di pergunungan Rocky Mountains selepas

kematiannya.Menurut teman rapat Fenn, dalam peti itu terdapat syiling emas, barang kemas dan

artifak-artifak bersejarah daripada Amerika Selatan.

Beberapa siri ekskavasi telah dijalankan di kawasan harta karun itu mungkin ditanam, namun

masih belum dijumpai sehingga hari ini.

2. Emas Di Tasik Toplitz



Semasa kemuncak Perang Dunia Kedua, askar Nazi telah menenggelamkan beberapa buah peti ke

dalam Tasik Toplitz di Austria. telah menemui kembali peti-peti ini, namun hampa apabila

didalamnya cuma berisi matawang palsu bernilai jutaan dolar. Bagaimanapun, ramai yang

percaya bahawa pihak Nazi turut menyembunyikan emas dan batu permata di dalam tasik

tersebut.

3.Pungguk Emas Di Perancis



Pada tahun 1993, seorang pereka pencarian harta karun terkenal Regis Hauser telah

menyembunyikan patung emas berbentuk burung hantu di sekitar kawasan sebuah rumah agam yang

terletak di desa Perancis. dan menawarkan hadiah kumayan bernilai 1 juta francs kepada

sesiapa yang berjaya menemuinya. Hauser juga telah memberikan 11 petunjuk kepada sesiapa

yang cuba mencari patung itu.

Bagaimanapun, teka-teki lokasi sebenar pungguk emas itu masih membingungkan ramai pencari

dan kekal sebagai misteri sehinggalah kematian Hauser pada tahun 2009. Setelah 22 tahun,

patung tersebut masih belum dapat dijumpai.

4.Lubuk Emas Tasik Guatavita



Setiap tahun, ketua-ketua puak di Bogota akan menjalankan upacara mencampakkan emas ke dalam

tasik ini untuk mendapatkan keberkatan daripada dewata. Ini kerana, Tasik Guatavita

sememangnya kaya dengan logam emas sejak dahulu lagi dan menjadi penarik utama penjajah

Sepanyol. Malah, ramai yang percaya bahawa Tasik Guatavita merupakan lokasi bandar lagenda

El Dorado.

Oleh kerana kekayaannya, penjajah Sepanyol pernah cuba untuk mengalirkan isipadu tasik itu

keluar bagi mendapatkan kandungan emas dengan mudah dan cepat, namun cubaan itu gagal.

5. Kawah Duit Pulau Oak



Nun di daerah maritim Kanada,Nova Scotia, tersembunyi harta karun yang menjadi rebutan

ribuan pencari sejak ratusan tahun lalu. Harta karun itu dikatakan berada di dalam sebuah

kawah yang pada awalnya dijumpai oleh seorang pengembara bernama Daniel McGinnis pada tahun

1795. Sejak itu, banyak misi ekskavasi telah dijalankan di kawasan itu. Hasil pencarian itu

menemui tempurung kelapa (yang dianggap pelik kerana pokok kelapa hanya tumbuh dalam iklim

tropika) dan sebuah bongkah batu bertulis dengan huruf-huruf asing.

Setakat ini, beberapa pencari telah berjaya menemui sedikit serpihan emas dan barangan

berharga lain.

6. Harta Tamadun Inca di Lima



Setelah berjaya menggulingkan tamadun Inca, penjajah Sepanyol seterusnya menawan pusat

pemerintahan puak tersebut dan merampas segala barangan berharga dan emas milik maharajanya.

Kebanyakan harta karun itu disimpan oleh Sepanyol sehingga tahun 1820, sehinggalah satu

gerakan revolusi di Lima memaksa pihak penjajah untuk berundur.

Pegawai British, William Thompson, ditugaskan untuk menyimpan harta karun tersebut, Namun,

Thompson dan askar-askar British telah bertindak untuk membunuh pengawal Sepanyol dan

menanam harta membukit itu di Kepulauan Cocos,Costa Rica.Sehingga kini, lokasi tepat harta

karun itu disembunyikan masih belum diketahui.  Harta karun itu hari ini dianggarkan

bernilai kira-kira USD200juta.

7.  Kapal Sarat Emas Dari San Miguel



Penjajah Sepanyol sememangnya tiada rezeki dengan emas. Pada tahun 1712, Sepanyol berjaya

mendapatkan 11 kapal sendat berisi emas, perak dan permata daripada San Miguel, Havana,

Cuba. Nilai harta itu hari ini dianggarkan bernilai USD2 billion hari ini. Bagi mengelakkan

ribut taufan yang menghampiri pelabuhan itu, kapal-kapal Sepanyol diarahkan untuk

meninggalkan Cuba secepat mungkin. Namun, kesemua kapal-kapal tersebut karam akibat dipukul

ombak kuat semasa dalam perjalanan ke Sepanyol.

Para penyelidik telah menemui 7 daripada 11 kapal-kapal karam ini di kawasan pantai Florida,

Amerika Syarikat, tetapi di dalamnya cuma terkandung sedikit sahaja harta karun.

8. Harta Karun Black Beard

Circa 1715, Captain Edward Teach (1680 - 1718), better known as Blackbeard, a pirate who

plundered the coasts of the West Indies, North Carolina and Virginia. His hair is woven with

flaming fuses to increase his fearsome appearance. (Photo by Hulton Archive/Getty Images)

Lanun terkenal,Blackbeard, telah merompak kapal-kapal pedagang di lautan selama bertahun-

tahun lamanya dan dalam salah satu rompakannya, Blackbeard telah menemui sejumlah syiling

emas yang banyak. Peliknya, sebahagian besar wang rompakan milik Blackbeard ini masih belum

dibelanjakan.

Blackbeard mati setelah kapal itu karam, dan bangkai kapalnya telah pun dijumpai di

Beaufort, North Carolina, Amerika Syarikat, beberapa tahun lalu. Namun, harta-harta yang

terkandung di dalam kapal tersebut masih belum ditemui.

9. Kekayaan Tersembunyi Dutch Schultz



Dutch Schultz merupakan seorang hartawan yang mendapatkan kekayaannya hasil jenayah

terancang seperti penipuan dan sindiket wang haram. Oleh kerana aktiviti jenayahnya, Dutch

Schultz terpakasa menyembunyikan sebahagian besar hartanya di pergunungan Catskill. Sehingga

hari ini, harta milik ketua gangster ini masih belum ditemui.

10. Emas Leon Trabuco



Jutawan Mexico ini yakin bahawa beliau dapat mengaut keuntungan berlipat ganda daripada

situasi ekonomi merundum di Amerika Syarikat pada tahun 1930-an dengan menjual jongkong emas

yang dibelinya. Dalam tempoh 3 bulan sahaja, Trabuco dan rakan niaganya telah membeli lebih

16 ton emas untuk diseludup ke AS.

Malangnya, sebuah akta yang digubal pada tahun 1934 mengharamkan pemilikan emas secara

persendirian. Kegagalan perniagaan Trabuco ini amat mengecawakannya dan lokasi sebenar

tempat penyimpanan jongkong emas tersebut dibawa ke liang lahad. – MYNEWSHUB.CC

sumber:sayangsabah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag