Langkau ke kandungan utama

Mak lacur anak dipenjara 75 tahun



JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen di

sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiayai dan melacurkan

dua anak kandungnya awal bulan lalu.

Wanita berusia 39 tahun yang tidak bekerja itu mengaku bersalah selepas semua pertuduhan

dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana

dalam lima kejadian antara jam 9.25 pagi hingga 12.21 tengah hari pada 1 Oktober lalu dan 4

hingga 7 Oktober.

IBU tunggal mengaku salah atas 10 pertuduhan menganiaya dan melacurkan dua anak kandungnya

dihukum penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. - Foto Mohd Azren

Jamaludin

Tertuduh sebagai ibu kandung kanak-kanak berusia 10 dan 13 tahun itu didakwa menganiayai

dari segi seks kanak-kanak berkenaan dengan melacurkan mereka.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut

Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama dengan Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-

kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun

atau kedua-duanya dan sebagai tambahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan tidak

kurang dua sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi'uddin, manakala tertuduh

tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, kedua-dua kanak-kanak terbabit dipaksa melakukan hubungan seks dengan

dua lelaki warga Bangladesh secara bergilir-gilir di bilik hotel sambil disaksikan tertuduh.

Tertuduh didakwa melacurkan kedua-dua anak perempuannya sebanyak lima kali iaitu pada 1, 4,

5, 6 dan 7 Oktober.

Wanita itu menerima bayaran RM50 bagi setiap kanak-kanak dan ada kalanya menerima bayaran

RM1, RM5, RM10 dan RM20 selepas anaknya dilacurkan.

Terdahulu, pihak pendakwaan meminta mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana ia adalah

kesalahan serius membabitkan kepentingan awam dan tindakan tertuduh melacurkan anak

meletakkan kanak-kanak terbabit dalam trauma.

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman kerana mempunyai dua lagi anak

berusia empat dan lima tahun.

Dalam penghakimannya, Kamarudin berkata, hukuman itu mengambil kira kepentingan awam dengan

memberi pengajaran kepada masyarakat dan berharap tertuduh insaf serta bertaubat.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun

memerintahkan pertuduhan sama tarikh berjalan serentak, manakala yang lain dilaksanakan

selepas tamat hukuman sebelumnya.

Ia menjadikan tertuduh perlu menjalani hukuman penjara selama 75 tahun.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...