Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul
tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada
lagi dalam diri anda.
Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN
(Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga
serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Kami di infopelajar2u ingin berkongsi tips kepada anda. Ia berkaitan dengan soalan yang
bakal ditanya semasa temuduga kerja.
Ini merupakan antara soalan popular dan sering ditanya terutama untuk jawatan-jawatan yang
memerlukan kelayakan akademik yang agak baik dan pengalaman kerja.
Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan
mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab
soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri.
TIPS KETIKA TEMUDUGA
7 Soalan Popular Ketika Temuduga
Penemuduga amat menitik-beratkan calon-calon yang mempunyai personaliti yang bagus supaya
dapat memberikan impak positif kepada syarikat.
Berikut adalah beberapa soalan temuduga yang agak popular, dan sering ditanya semasa calon
ditemuduga.
Soalan : Namakan kompeni , jawantan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji ANDA
semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?
Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalannya senang tapi boleh
mendatangkan masalah juga kalau anda tidak boleh jawap dengan betul.
Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang
terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka.
Salah Satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tentang perkara diatas kemudian
kalau boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.
Soalan : Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?
Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini, anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda
yang ketara. Cuba tukarkan perkara yang negatif kepada yang lebih positif. Contohnya seperti
berikut:
“Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang
sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja last minute yang sangat
menyakitkan.”
“Saya sangat mementingkan kesempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian
saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa
yang saya lakukan.”
Soalan : Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?
Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan
ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman anda yang berkerja di tempat lain
sebelum ini dan kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang. Contohnya adalah seperti
berikut:
“Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus
kerana pencapaian saya tersebut.”
“Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya
untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya.”
“Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu
setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri.”
Soalan : Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang
anda ceburi?
Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan
bagaimana keupayaan tersebut membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang saya syorkan
adalah seperti berikut :
“Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang
berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya jumpa
dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan
saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan.”
“Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukan kerja
dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja. Oleh hal yang demikian saya mampu
memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun sibuk.”
“Walaupun saya sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi saya akan sentiasa memastikan
kerja yang saya lakukan mengikut dew date yang telah ditetapkan atau sebelum tarikh akhir
tugasan diserahkan.”
Soalan : Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang anda?
Dalam menjawab soalan ini anda harus member jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja
dan budaya kerja anda sebelum ini. Contohnya seperti berikut:
“Saya enjoy bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap
kerja saya.”
“Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang
terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang amanahkan
kepada saya.”
“Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih proaktif dalam semua
melaksanakan tugasan.”
Soalan : Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?
Dalam soalan ini anda perlu menceritakan pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh
jawapan mudah adalah seperti berikut:
“Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan
tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah dengan
cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk.”
“Saya bertindak berdasarkan Situasi dan bukanya tekanan kerana saya tidak mahu
memikirkan tekanan yang menyebabkan prestasi kerja saya menurun.”
“Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus
dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.”
Soalan : Pernakah anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana
mana anda uruskan perkara tersebut?
Contoh ayat yang boleh diguna pakai untuk soalan begini ialah :
“Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian. Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia
fokus terhadap kerja dan tahu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya
menghargai apa yang telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar
menjadi suka walaupun kami tidak berkawan.”
Tips Tambahan
Berikut adalah beberapa lagi tips dan petua temuduga yang boleh membantu anda dalam
temuduga.
1. Datang Awal ke Tempat Temuduga
Cuba datang sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Gunakan
masa yang ada untuk melihat nota anda. Hadir lewat ke tempat boleh menyebabkan stress dan
tekanan. Perkara ini boleh menyebabkan anda mudah hilang fokus dan prestasi anda akan
berkurangan.
2. Manfaat Masa Temuduga
Gunakan masa yang diperuntukkan semasa sesi temuduga tersebut dengan optimum. Temuduga
selama sejam mungkin boleh berakhir dengan masa yang sangat singkat. Oleh itu, cuba atur
masa agar anda mendapat peluang untuk bertanyakan soalan. Anda boleh membawa dan tengok jam
tangan anda semasa sesi temuduga.
3. Elakkan berbangga diri
Cuba dapatkan rentak yang sesuai untuk mempromosikan kelebihan dan kebolehan anda.
4. Jangan Berputus Asa sekiranya gagal
Gagal tidak membawa maksud anda akan gagal selama-lamanya. Sebaliknya anda perlu ambil
pengajaran daripada kegagalan ini dan terus berusaha lebih keras pada masa yang akan datang.
5. Jujur Pada Diri Sendiri dan Terima Kekurangan
Sekiranya anda ditanya soalan yang mana anda tidak tahu ataupun tahu hanya sedikit akannya.
Adalah terbaik bagi anda agar anda menyatakan, “Hal ini bukanlah satu kekuatan saya, namun
saya ingin untuk belajar” – Jangan katakan yang anda tidak tahu, dan terus diam. Pastikan
anda backup segala kelemahan anda.
6. Sediakan 10 Senarai Penting
Sebelum menghadiri temuduga, anda perlu sediakan 10 senarai yang anda perlu nyatakan semasa
temuduga tersebut. Ia mungkin merupakan 10 pencapaian tertinggi yang anda pernah dapat.
Sekurang-kurangnya, semasa ditemuduga anda tidak lupa akan 10 perkara yang penting untuk
membanggakan para penemuduga tersebut.
7. Periksa Kajian Cuaca
Cuaca kadang-kadang tidak menentu, terutama di Kuala Lumpur. Oleh itu, sekiranya anda
menerima tawaran untuk ditemuduga, pastikan anda memeriksa kajian cuaca terlebih dahulu.
Pastikan keadaan cuaca pada hari tersebut. Sekiranya tidak memberansangkan, sekurang-
kurangnya anda boleh bersedia.
8. Periksa Keadaan Tempat Temuduga
Salah satu masalah semasa menghadiri temuduga adalah tempat temuduga itu sendiri. Kadang-
kadang tempat yang anda perlu pergi itu kerap jam ataupun fasiliti itu sukar untuk dapatkan
parkir. Oleh itu, dapatkan maklumat yang secukupnya sebelum menghadiri tempat tersebut.
9. Banyakkan Berlatih
Terutama kepada yang tidak pernah menghadiri sesi temuduga sebelum ini, mereka mungkin gugup
dan berdebar. Salah satu cara untuk menghilangkan (ataupun mengurangkan rasa tersebut)
adalah dengan kerapkan berlatih dihadapan cermin.
Kesimpulan
Terdapat beberapa langkah yang senang untuk berjaya dalam apa jua temuduga. Apa yang
pentingadalah anda berusaha dengan keras untuknya.
Akhir kata,semoga contoh soalan temuduga ini dapat membantu sedikit sebanyak sesi temuduga
yang anda akan lalui nanti.
Pastikan anda mendapat rujukan yang terbaik supaya boleh melakukan persediaan untuk hadapi
sebarang temuduga. Kami ucapkan selamat berjaya untuk anda.
sumber:INFOPELAJAR2u
Ulasan
Catat Ulasan