KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan melaksanakan Road
Chek Point (RCP) di daratan bertujuan untuk menghalang kemasukan sebarang elemen yang
berupaya mengancam dan mengganggu gugat keselamatan perairan Zon Selamat Timur Sabah
(ESSZONE).
Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, pelaksanaan RCP ini
juga berperanan dalam mengesan dan menangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang terlibat
dengan elemen militan.
“Di samping itu, ESSCOM akan melaksanakan Sea Chek Point (SCP) di kawasan perairan yang
bertujuan untuk mengimbangi dan meningkatkan kawalan keselamatan secara menyeluruh serta
memastikan kelancaran kegiatan perdagangan sosio-ekonomi yang sah dengan mematuhi
peraturan-peraturan dan undang-undang sedia ada.”
“Fokus utama SCP adalah untuk menyekat kemasukan senjata api dan lain-lain elemen jenayah
rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan di kawasan negeri Sabah khususnya kawasan
ESSZONE,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Sebatik Datuk Hj.
Abd Muis Bin Hj Picho yang bertanya apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi
memastikan perairan Sabah selamat dari dicerobohi oleh anasir luar.
Beliau turut menyatakan arahan perintah berkurung juga telah berjaya mengawal pengaruh
anasir-anasir jahat dari luar dan seterusnya meningkatkan kawalan keselamatan di Pantai
Timur Sabah.
“Pada tahun ini, ESSCOM telah diperuntukkan sebanyak RM22.5 juta untuk perbelanjaan
pengurusan dan sejumlah RM44 juta untuk perbelanjaan pembangunan.”
“Secara keseluruhannya, jumlah peruntukan untuk tujuan pengurusan ESSCOM yang telah
diberikan sejak penubuhannya adalah sebanyak RM71.9 juta bagi belanja pengurusan, manakala
sejumlah RM219.1 juta bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan,”katanya.
sumber:SayangSabah
Ulasan
Catat Ulasan