Langkau ke kandungan utama

Nou Camp berisiko ditutup


PRESIDEN La Liga, Javier Tebas nasihat penyokong Barcelona jangan 'hina' Sepanyol.

BARCELONA: Presiden La Liga, Javier Tebas menegaskan, penyokong Barcelona bebas bersorak

untuk meraikan kemerdekaan Catalonia, namun sebarang sorakan yang 'menghina' Sepanyol akan

membawa kepada penutupan sementara Stadium Nou Camp.

Pelbagai aksi pro-pembebasan semakin berleluasa di stadium terbabit selepas halangan

referendum pemisahan Catalonia dari Sepanyol pada 1 Oktober lalu, sekali gus mewujudkan

provokasi antara kerajaan Sepanyol dengan wilayah itu.

Badan pengendali liga itu jelas tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan anti-

sosial, selepas insiden penyokong Deportivo La Coruna dibunuh penyokong Atletico Madrid

sebelum perlawanan dua pasukan itu di ibu kota Madrid pada 2014.

La Liga turut mengeluarkan memo yang menyatakan sebarang sorakan menghina akan dianggap

sebagai kesalahan, kerana ia mampu mencetuskan keganasan yang boleh berlaku di dalam serta

di luar stadium.

Pasukan juga boleh didenda jika melakukan kesalahan sama secara berulang, dengan pasukan

berdepan penutupan stadium jika kesalahan terbabit terus dilakukan.

"Sorakan terhadap kemerdekaan tidak dianggap sebagai tindakan yang menghina atau mampu

mencetuskan keganasan," kata Tebas.

"Namun sorakan seperti 'Celaka Sepanyol, Catalonia atau Andalusia' adalah satu kesalahan.

Jika persekutuan Sepanyol melihat sorakan terbabit perlu dihukum dan badan yang terbabit

juga bersetuju dengan pendapat itu, liga boleh mengarahkan Nou Camp supaya ditutup."

Musim lalu, Sportin Gijon diarahkan menutup sebahagian stadium El Molinon untuk satu

perlawanan, sebagai hukuman selepas penyokongnya mengeluarkan penghinaan berbaur perkauman

terhadap pemain sayap Athletic Bilbao, Inaki Williams. -Reuters

sumber:beritaharian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag