Langkau ke kandungan utama

'Potong kain kafan untuk diri sendiri'



JOHOR BAHRU: "Saya tidak sangka kain kafan dipotongnya dulu, kini diguna untuk mengkafankan

jenazahnya sendiri," kata Mohamad Iqbal Rahman, 17, rakan baik kepada Mohamad Alif Aiman

Azhar, 15, yang maut selepas pemandu teksi di bawah pengaruh dadah, merempuh tiga motosikal

di Jalan Pantai menghala ke Pasir Gudang, di sini, awal pagi tadi.

Mohamad Iqbal berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 1.45 pagi itu, turut mengorbankan

rakan Mohamad Alif Aiman, Kamarul Fathullah Afiq Kamarul Hashim, 19, manakala seorang lagi

rakan mereka, Mohamad Nur Hafizan Ahmad Raya, 17, yang patah kaki.

Katanya, Mohamad Alif Aiman pernah membantunya memotong kain kafan untuk digunakan bagi

kursus pengurusan jenazah yang dikendalikan bapanya baru-baru ini.

"Bapa saya sudah 25 tahun menguruskan jenazah. Baru-baru ini arwah bantu kami memotong kain

kafan. Tidak sangka kain yang dipotong olehnya itulah digunakan untuk mengkafankan jenazah

arwah," katanya ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Mohamad Iqbal berkata, Allahyarham Alif Aiman yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Pasir Gudang itu, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dirempuh sebuah teksi

dalam kemalangan itu.

MOHAMAD Iqbal (kiri) bersama ayah Allahyarham Alif Aiman, Azhar Mohd Yusof, 45, melihat kain

kafan yang dipotong Allahyarham untuk digunakan mengkafannya. - Foto Nurul Amanina Suhaini

Sementara itu, Kamarul Fathullah Afiq yang meninggal dunia ketika menerima dalam rawatan

kecemasan di Hospital Sultan Ismail (HSI), sepatutnya menamatkan zaman bujang dalam majlis

perkahwinan beramai-ramai yang dijadualkan pada 17 Disember ini di Pasir Gudang.

Malah, kelmarin, Kamarul Fathullah Afiq sudah pergi ke Jabatan Agama bagi menguruskan hal

pernikahannya, selain sudah menjalani kursus pernikahan.

Menurut tunangnya, Farzana Aflah Aliman, 19, mereka berkenalan sejak setahun lalu, dan

sebelum kejadian beliau dihantar arwah selepas bekerja pada jam 10 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais,

mengesahkan penahanan pemandu teksi berusia 38 tahun yang terbabit dalam kemalangan itu.

Katanya, pemandu teksi berkenaan ditahan bagi membantu siasatan, selain ujian air kencingnya

positif dadah jenis methamphetamine.

"Siasatan awal mendapati, pemandu teksi itu dari arah pusat bandar menghala ke Pasir Gudang,

hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan, lalu melanggar tiga penunggang motosikal.

"Ketiga-tiga remaja itu dipercayai berhenti di bahu jalan terbabit kerana membaiki motosikal

seorang daripada mangsa yang rosak," katanya.

Shahurinain berkata, seorang lagi rakan mangsa berusia 17 tahun yang juga penunggang

motosikal patah kaki dan masih menerima rawatan di hospital sama.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag