Langkau ke kandungan utama

UMNO Sabah Dijangka Terima Masuk Ramai Anggota Parti Pembangkang


Beruntunglah anak saudara Datuk Shafie Apdal.. Dato Azis Jamman pernah dilantik sebagai
Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA iaitu IPT yang bernaung di bawah Kementerian Kemajuan Luar
Banara dan Wilayah (KKLW) ketika Shafie Apdal menjadi menteri agensi berkenaan. Kini kedua-
dua mereka disiasat berhubung penyelewengan Dana Awam  bernilai RM1.5 bilion untuk negeri
Sabah – Foto Kolej KPTM



UMNO Sabah bakal menerima masuk sejumlah besar anggota Parti Warisan Sabah (Warisan) dari

beberapa kawasan di negeri itu, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee

Marahaban.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah, berkata anggota parti haluan kiri itu yang

selama ini berada di atas pagar kerana menggunakan pendekatan ‘tunggu dan lihat’ mulai sedar

akan arah tuju parti Warisan.

“Melihat kepada perkembangan politik Warisan dengan beberapa pemimpin tertinggi mereka

terlibat dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadi punca kepada anggota

mereka kini berada di atas pagar,”katanya yang menyenaraikan antara kawasan pembangkang yang

goyah ialah Kimanis, Papar dan Semporna.

Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya, berkata demikian selepas

menyempurnakan program Tautan Kembali yang menyaksikan Bibi Sangalani mengetuai 1,020

anggota Warisan di daerah ini mengumumkan keluar parti dan menyerahkan borang menyertai UMNO

di rumah atas air di Kampung Bangau-Bangau di sini, hari ini.

Ramlee berkata anggota yang umum keluar parti itu terdiri daripada bekas anggota UMNO

Semporna dan Parti Keadilan Rakyat.

“Mereka itu menyatakan sokongan kepada BN (Barisan Nasional) atas kecemerlangan rekod

pemerintahan BN yang sentiasa mengutamakan rakyat.

“Setelah berada di bawah parti pembangkang, mereka menyedari bahawa BN merupakan satu-

satunya parti yang komited dalam membangunkan negara dan rakyat,”katanya lagi.

Sementara itu, Ramlee berkata perubahan angin politik yang berlaku di daerah Semporna ini

menunjukkan bahawa Warisan semakin goyah memandangkan Semporna sebelum ini diuar-uarkan

sebagai kubu kuat Warisan.

Katanya mereka turut menjangkakan bahawa lebih ramai lagi ahli Warisan yang berbuat

demikian.

“UMNO dan BN sentiasa membuka ruang dan peluang untuk mana-mana individu yang mahu kembali

atau menyertai UMNO,”katanya lagi. — BERNAMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag