LELAKI maut apabila jengkaut dipandunya terjatuh ke gaung ketika melakukan kerja menereskan
cerun di Jalan Telipok-Rondogung dekat Kampung Kondolon, Kiulu, Tuaran.
Ketua Polis Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata kejadian pada 1.30
petang semalam.
“Ketika melakukan kerjanya, jentera berat dipandu mangsa hilang kawalan. Mangsa gagal
keluar. Mangsa dan jengkaut kemudian menggelongsor kira-kira 100 meter ke gaung.
“Dia kemudian tercampak di atas Jalan Telipok-Rondogung manakala jengkaut itu pula terus
menggelongsor kira-kira 300 meter.
“Mangsa parah di kepala, leher, paha dan tangan kiri. Dibawa ke Hospital Tuaran. Tapi,
disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dzulbaharin berkata, siasatan mendapati berlaku tanah runtuh pada lereng bukit iaitu lokasi
terakhir ketika mangsa gagal mengendalikan jengkaut sebelum terjatuh ke gaung.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
sumber:mymetro
Ulasan
Catat Ulasan