Langkau ke kandungan utama

Biar UMNO tanding kerusi majoriti Melayu


Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung tahun depan walaupun tarikh tepat belum

diketahui. Seperti biasa dalam pilihan raya sebelum ini orang Melayu adalah penentu kepada

parti politik mana yang akan menguasai Kerajaan Pusat.

Sama ada Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa atau diambil

alih parti politik lain adalah ditentukan pengundi Melayu yang juga majoriti keseluruhannya.

Kegagalan parti politik mendapat sokongan besar pengundi Melayu akan menyebabkan ia gagal

menguasai Kerajaan Pusat yang menimpa pembangkang dalam Pilihan Raya Umum 2013.

Walaupun pembangkang dapat sokongan besar pengundi bukan Melayu (khususnya pengundi Cina),

kerana sokongan kurang besar dan menyeluruh pengundi Melayu, mereka gagal menguasai Kerajaan

Pusat.

Ini perlu diberi perhatian serius pimpinan BN, khususnya UMNO dalam PRU14.

Penulis akan menumpukan perbincangan kepada kedudukan kawasan Parlimen yang pengundinya

lebih 50 peratus masyarakat Melayu. Calon parti politik manakah yang sepatutnya bertanding

di kawasan Parlimen pengundi majoriti Melayu ini?

Dalam tradisi dan amalan BN sebelum ini masih ada banyak kawasan Parlimen pengundi majoriti

Melayu diberikan kepada calon rakan politik BN sama ada MCA, MIC atau Gerakan.

Dalam keadaan biasa sebelum PRU12 pada 2008, keputusan ini dianggap wajar atas dasar

semangat BN dan tolak-ansur kerjasama politik. Sebelum PRU 2008 semangat dan sokongan

pengundi kaum bukan Melayu (khususnya kaum Cina) kepada calon BN dilihat tidak berbelah

bahagi.

Calon BN menang besar dan dapat sokongan kaum bukan Melayu di kawasan Parlimen bandar atau

luar bandar. Keadaan jelas berubah selepas PRU12. Calon BN di kawasan majoriti pengundi

bukan Melayu kalah.

Adakah tradisi asal di kawasan Parlimen pengundi Melayu perlu diberikan peluang untuk

ditandingi calon BN bukan UMNO? Persoalan ini perlu difikirkan dengan mendalam bagi

memastikan kekuatan BN dan UMNO khususnya.

Tolak-ansur parti komponen

Dalam tradisi asal dan semangat tolak-ansur sesama parti komponen BN, banyak kawasan

Parlimen majoriti Melayu diberikan kepada calon bukan Melayu. Antara kawasan Parlimen

majoriti pengundi Melayu yang diberikan kepada calon bukan Melayu daripada rakan BN seperti

P.9: Alor Star (61.6 peratus pengundi Melayu), P. 54 Gerik (68.2 peratus), P. 77 Tanjong

Malim (53.52 peratus), P. 83 Kuantan (61.47 peratus) selain P.94 Hulu Selangor, P. 104

Kapar, P. 116 Wangsa Maju, P. 124 Bandar Tun Razak, P. 135 Alor Gajah, P. 148 Ayer Hitam dan

P. 151 Simpang Renggam.

Dalam keadaan politik pilihan raya sebelum 2008, ia dianggap perkara biasa kerana banyak

kawasan Parlimen pengundi campuran, calon BN dapat sokongan besar pengundi bukan Melayu.

Keadaan benar-benar berubah dalam PRU12 dan PRU13 apabila sebahagian besar kawasan pengundi

campuran besar peratus pengundi bukan Melayunya, calon BN kalah teruk.

Dengan perkembangan ini, perlu ada penyesuaian baru dalam penyusunan kerusi di kawasan

Parlimen yang pengundi Melayunya melebihi 50 peratus.

Jadi, kawasan Parlimen yang pengundi Melayunya melebihi 50 peratus patut diberikan kepada

calon BN daripada UMNO.

Kawasan seperti P.9 Alor Star, P.54 Gerik (diberikan kepada calon Melayu mulai 2013),P. 77

Tanjong Malim, P.83 Kuantan (juga diberikan kepada calon Melayu mulai 2013), P. 94 Hulu

Selangor, P 116 Wangsa Maju (telah diberi kepada calon Melayu 2013), P. 124 Bandar Tun

Razak, P. 135 Alor Gajah, P. 148 Ayer Hitam dan P. 151 Simpang Renggam.

Keputusan pimpinan Najib yang meletakkan calon UMNO bertanding di Parlimen Gerik, Wangsa

Maju dan juga Kuantan dalam PRU13 adalah tindakan tepat dan wajar. Diharapkan Najib akan

menambahkan bilangan calon UMNO untuk bertanding di kawasan Parlimen majoriti Melayu seperti

dilakukan pada 2013.

Adalah tidak wajar kawasan majoriti pengundi Melayu ini diberikan kepada calon bukan Melayu

daripada parti komponen. Pengundi Melayu akan sedikit serba salah dan mungkin memihak kepada

calon Melayu pembangkang.

Jika calon Melayu diletakkan di kawasan majoriti Melayu ini akan memudahkan pengundi Melayu

membuat pilihan dan beri sokongan kepada calon UMNO.

Kawasan Parlimen campuran yang besar peratus pengundi Melayunya (majoriti mengikut pecahan

kaum) juga harus diberikan kepada calon UMNO atas dasar semangat tolak-ansur dan kerjasama

dalam BN seperti sebelum ini, iaitu pimpinan BN memberi peluang kepada calon BN bukan

Melayu.

Kawasan Parlimen campuran

Kawasan Parlimen campuran yang besar peratus pengundi Melayunya seperti P.97 Selayang (45.3

peratus Melayu),P. 100 Pandan (49.85 peratus), P. 107 Subang (47.7 peratus) dan P.109 Kapar

(51.5 peratus) perlu diberikan kepada calon UMNO.

Pemimpin utama MCA dan Gerakan perlu bertanding di kawasan Parlimen yang mempunyai majoriti

pengundi Cina besar seperti di P.114 Kepong (88.4 peratus), P. 120 Bukit Bintang (73.1

peratus), P. 122 Seputeh (88 peratus) dan P. 123 Cheras (82 peratus Cina).

Ini dapat dilihat gambaran sebenar sama ada pengundi kaum Cina mahu atau menolak pemimpin

utama mereka untuk berada dalam kerajaan dan menjaga kepentingan mereka. Adalah kurang tepat

pemimpin utama MCA bertanding di kawasan Parlimen yang pengundi Melayunya melebihi 50

peratus seperti di P. 77 Tanjong Malim, P. 135 Alor Gajah, P. 148 Ayer Hitam dan P. 151

Simpang Renggam.

Pengurusan semula penentuan calon BN ini perlu disusun bukan dilakukan atas semangat

perkauman sempit, tetapi atas dasar semangat yang lebih bersifat demokratik serta realiti

baharu pola pengundian politik pilihan raya pasca 2008 bagi mengukuhkan kuasa politik Melayu

dan UMNO.

Sepatutnya penentuan calon adalah berasas kaum majoriti di sesebuah kawasan Parlimen.

Kedua-dua belah pihak sama ada pembangkang atau kerajaan perlu menggunakan asas yang sama.

Adalah mustahil seorang calon Melayu bertanding di kawasan Parlimen Kepong atau Bukit

Bintang, begitu juga seorang calon kaum Cina tidak mungkin bertanding di kawasan Parlimen

Ketereh atau Pasir Mas yang majoriti pengundinya bangsa Melayu.

Penentuan calon Parlimen berasaskan kaum pengundi majoriti di kawasan Parlimen itu suatu

yang normal dan tidak dapat dipisahkan dalam pengurusan politik dan pilihan raya umum.

Penulis ialah Profesor Madya di Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan

Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

sumber: beritaharian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag