POLIS mencari seorang suami yang memukul isterinya sehingga mati di Teluk Pulai, Klang
Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata suspek
berusia 43 tahun itu melarikan diri selepas isterinya yang berusia 47 tahun meninggal
dunia di hospital, 9.40 pagi hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada anak angkat mangsa berusia 36
tahun.
"Pengadu memaklumkan emak angkatnya kerap dipukul suaminya sejak Mei lalu.
"Mangsa takut menceritakan hal ini kepada keluarga kerana suami mengugut mahu
membunuhnya," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, pada Sabtu lalu pengadu membawa ibu angkatnya ke Hospital Tengku Ampuan
Rahimah (HTAR) berikutan mangsa cedera teruk sehingga tidak sedarkan diri.
Katanya, mangsa yang mendapatkan rawatan lanjut di wad meninggal dunia 9.40 pagi tadi.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan teruk di kepala.
"Suspek sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya giat dijalankan," katanya.
Shamsul Amar berkata, siasatan awal mendapati suspek menganggap isterinya mahu meminta
cerai.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
sumber:beritametro
Ulasan
Catat Ulasan