Langkau ke kandungan utama

Facebook catat keuntungan besar



SAN FRANCISCO: Facebook mencatatkan keuntungan berlipat ganda pada suku ketiga tahun ini,

hasil peningkatan pendapatan iklan dalam talian.

Ia sekali gus mengatasi unjuran yang dibuat oleh pelabur dan mengukuhkan harga sahamnya ke

paras tertinggi dalam sejarah.

Rangkaian media sosial terbesar itu melaporkan keuntungan AS$4.7 bilion (RM19.8 bilion)

pada suku berakhir 30 September 2017, meningkat 79 peratus berbanding suku sama tahun

lalu.

Ketua Eksekutif, Mark Zuckerberg dalam kemas kini statusnya menjelaskan kritikan terhadap

Facebook kerana membenarkan maklumat salah dan manipulasi semasa pilihan raya Presiden

Amerika Syarikat (AS) 2016, beberapa jam selepas peguam utama syarikat berdepan soalan

pada pembicaraan kongres di Washington.

"Komuniti kami terus berkembang dan perniagaan syarikat mencatatkan prestasi baik," kata

Zuckerberg.

"Namun, semua itu tidak penting jika perkhidmatan kami digunakan dengan cara yang tidak

membolehkan orang ramai berhubung lebih rapat. Kami serius mengelakkan penyalahgunaan

platform ini.

"Kami membuat pelaburan besar dalam aspek keselamatan sehingga memberi impak kepada

keuntungan syarikat. Melindungi komuniti kami adalah lebih penting berbanding

memaksimumkan keuntungan," katanya.

Saham Facebook semalam ditutup meningkat 1.4 peratus kepada AS$182.66 namun susut selepas

dagangan dibuka hari ini kepada AS$179.25.

Minat pelabur terhadap saham Facebook mungkin berkurangan disebabkan kenaikan kos yang

ditanggung oleh gergasi Internet berpangkalan di California itu dan beberapa eksekutifnya

menegaskan bahawa syarikat itu sedang dalam 'mod pelaburan' sambil meramalkan pertumbuhan

iklan akan berkembang perlahan.

"Mereka menjana keuntungan besar, namun siasatan Russia benar-benar membayangi segala-

galanya pada masa ini," kata penganalisis bebas, Rob Enderle.

Penganalisis itu menambah, beberapa pelabur mungkin bimbang bahawa siasatan terhadap

campur tangan Russia ke atas politik AS akan menyebabkan kawal selia ke atas rangkaian

sosial sehingga boleh menjejaskan keuntungan.

Perbelanjaan Facebook meningkat kepada AS$5.2 bilion (RM21.9 bilion) berbanding AS$3.9

bilion (RM16.5 bilion) pada suku sama tahun lalu.

Jumlah kakitangan syarikat pula meningkat 47 peratus kepada 23,165 orang.

"Kami akan terus melabur dengan agresif dalam pelbagai peluang yang dilihat pada masa

depan," kata Ketua pegawai Kewangan Facebook, David Wehner dalam satu panggilan bersama

penganalisis.

Zuckerberg menggariskan beberapa keutamaan pelaburan termasuk isi kandungan video, yang

dikatakannya sebagai trend terbesar di Facebook.

Jumlah pengguna aktif bulanan di rangkaian sosial itu terus bertambah, mencecah 2.07

bilion, meningkat 16 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengiklanan daripada telefon pintar atau tablet merangkumi kira-kira 88 peratus pendapatan

yang dijana oleh pemasaran pada suku dikaji, kata Facebook. - AFP

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag