Langkau ke kandungan utama

Doa Yang Sangat Mustajab Untuk Suami dan Anak-Anak Yang PANAS BARAN!… Ibu-Ibu Kena Amalkan. In syaa Allah…



Masalah sikap panas baran atau cepat melenting suami terhadap isteri dan anak-anak memang

tidak dapat dielakkan pada mana-mana rumahtangga yang aman. Sudah menjadi lumrah hidup.

Bak kata perpatah melayu “Sedang lidah lagi tergigit”.

Tetapi sikap panas baran yang tidak terkawal itu yang amat ditakuti kerana setiap hari

kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang menyedihkan. Isteri kena pukul,ditendang dan

ditampar. Ada yang sanggup tendang perut isteri yang sedang mengandung. Ada yang lebih

teruk lagi sampai ada diperlakukan seperti binatang, diseterika muka dsbg.

Sebelum berkahwin memang susah nak kenal hati budinya. Tetapi selepas tiga bulan baru tahu

sikit perangai buruknya. Ada yang selepas dua tahun, suami yang sebelum ini “pijak semut

tak mati” tiba-tiba berubah sikap.

Sikap cepat melenting dan panas baran walaupun berlaku sedikit kesalahan dari isteri itu.

Bermacam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Maki hamun yang kurang wajar diluahkan pada

isteri. Ini selalu berlaku apabila si suami sudah ada ” affair” dengan wanita lain.

Pada wanita yang dianiayai suami, usah gentar atau takut. Allah SWT akan makbulkan doa-doa

dari orang yang dianiayai. Ini merupakan ujian Allah SWT kepada suami dan kepada isteri.

Sebagai isteri senjatanya hanyalah air mata dan doa. Maka perbanyakkan doa-doa. Merintih

dan mengadu kepada Allah SWT akan kegundahan hati akan ada jalan keluar yang ditunjukkan

oleh Allah SWT kepada suami agar panas barannya berkurang dan menjadi penyayang.

Bagaimana hendak mengamalkan doa-doa ini kepada suami atau anak-anak yang panas baran?

Seperti biasanya diamalkan selepas solat. Untuk menyuruh suami atau anak-anak membaca

doa-doa ini memang mustahil.

Cara yang lebih berkesan dengan membaca pada air kosong dan dibuatkan kopi atau teh bagi

suami minum. Tidak mengapa jika ahli keluarga lain yang minum bersama.

Lakukan selepas solat asar jika menggunakan air kosong kerana ketika itu suami masih belum

pulang dari tempat kerja. Dimulakan dengan Istighfar-3x, Shalawat Nabi-10x. Al-Fatihah-1x.

Doa 1 dan 2 (3x). Penutup Salawat Nabi-10x.

DOA YANG PERTAMA.



Maksudnya:
“Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada

Ibrahim!.”(Surah Al-Anbiya: Ayat 69).
DOA YANG KEDUA.


Maksudnya:

22. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib

dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 23. Dialah Allah, yang

tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha

Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha

Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya);

Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan

denganNya. 24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari

tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya);

bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala

yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Hasyur: Ayat 22,23,24)

Sekian yang saya dapat kongsikan.. semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat untuk

kita semua.. Insya Allah.. Dipersilakan share.

sumber:TVCERAMAH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag