Langkau ke kandungan utama

Kerja tanpa henti punca pitam


PELAWAK dan pelakon, Zizan Razak, kini sibuk menjayakan penggambaran filem Polis Evo 2. -
Foto Mahzir Mat Isa

KUALA LUMPUR: Artis serba boleh, Zizan Razak, meminta peminatnya usah risau dengan kejadian

dia pitam ketika menjalani penggambaran babak aksi filem, Polis Evo 2, di Kampung Serandu,

Kuantan, semalam.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 33, berkata beliau berasa terlalu lemah

gara-gara melakonkan babak aksi tanpa henti bagi mendapatkan visual terbaik untuk filem

terbabit.

"Memang dari pagi sampai ke petang kami menjalani penggambaran aksi lasak tanpa henti.

"Walaupun sudah cantik visualnya, saya tetap bersemangat untuk menjalani rakaman beberapa

kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Tetapi, ketika saya sedang melompat, pandangan saya

terus gelap.

"Mungkin kerana terlalu penat, saya pitam. Mujurlah abang bomba menyelamatkan saya ketika

itu," katanya kepada BH Online.

Tambah Zizan, kesibukan beliau berulang-alik dari ibu negara ke Kuantan, Pahang, juga

membuatkan badannya terlalu letih.

Semalam, Zizan memuat naik foto beliau sedang terbaring, sambil dua anggota Jabatan Bomba

dan Penyelamat sedang mengurut kaki dan tangannya dengan disaksikan beberapa kru produksi.

Pada gambar berkenaan, Zizan meletakkan tanda pagar #kitaok, seperti memberikan bayangan

dirinya tidak mengalami kecederaan serius. Status terbabit turut disertakan dengan beberapa

tanda pagar lain seperti #getwellsoon #zizanrazak #action #film #movie #love #live

#polisevo2.

Selain Zizan, turut beraksi dalam filem arahan Ghaz Abu Bakar itu ialah Shaheizy Sam, Erra

Fazira dan Hairul Azreen.

Sementara itu, Zizan mahu menunjukkan betapa beliau dan pelakon lain bersungguh-sungguh

menjayakan sesebuah filem, seterusnya berharap peminat tidak mudah terpengaruh untuk

menonton karya tempatan menerusi cetak rompak.

"Lihatlah betapa kami bersungguh-sungguh menjayakan sesebuah watak untuk tontonan peminat.

"Hargailah kami yang mahu memberi yang terbaik buat penonton dan elaklah menonton filem

cetak rompak, tidak kiralah apa-apa medium sekalipun," tuturnya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag