Langkau ke kandungan utama

7 tahun menghidap kanser



PENYANYI dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 30, membuat kejutan apabila mengumumkan

menghidap kanser limfoma tahap empat.

Pengumuman itu dibuat Elyana sebaik namanya diumumkan tersingkir dari program realiti

hiburan terbitan Astro Ria, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) di Dewan Sri Putra, Kuala

Lumpur, malam tadi.

Ditemui sebaik acara selesai, Elyana berkata, dia berasakan berhak untuk berkongsi berita

itu dengan peminat yang menyayangi dan menyokong kerjaya seninya sepanjang bergelar artis.

"Sudah tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka. Saya berasakan

cukuplah selama ini saya mendiamkan perkara ini daripada pengetahuan mereka.

"Sepanjang tujuh tahun saya menghidap kanser, saya cuba mencari cara dan waktu terbaik

bagaimana saya mahu memberitahu kepada peminat. Dan saya berasakan apabila saya tersingkir

dari GV4, ia adalah satu peluang," katanya.

Kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Kalis Rindu itu, dia juga berasakan perlu

memberitahu umum memandangkan ramai yang membuat dakwaan dan menuduh dia sombong dan tidak

lagi mahu menyanyi.

"Sebaik disahkan doktor saya menghidap kanser selepas melahirkan Cinta Sumayyah tujuh tahun

lalu saya menghilangkan diri bagi membolehkan menjalani rawatan.

"Waktu itu memang saya tidak melayani sebarang permintaan peminat dan menolak tawaran yang

datang. Disebabkan itu ada pihak sudah beranggapan saya sombong dan sudah berhenti menyanyi.

Sedangkan perkara itu tidak berlaku," katanya.

Jelas Elyana sepanjang tempoh tujuh tahun itu, dia telah berusaha untuk menjalani rawatan di

dalam dan luar negara.

"Bagaimanapun buat masa ini saya menghentikan rawatan di hospital buat sementara waktu dan

mencuba rawatan alternatif," katanya.

Kata Elyana apabila ditanya dari mana dia memperoleh kekuatan sepanjang tujuh tahun

berhadapan dengan penyakit kanser, jelasnya ia datang daripada Allah SWT.

"Kalau ikutkan saya tidak kuat," katanya yang turut meluahkan rasa lega apabila dapat

berkongsi mengenai penyakit yang dideritai bersama keluarga, teman rapat dan peminat.

sumber:beritaharianmetro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...