Langkau ke kandungan utama

Berdikari urus karier seni



Nad tidak mahu ada orang tengah kerana lebih selesa berbincang terus dengan produksi


Tiada lagi gosip mahupun kontroversi dikait­kan dengan pelakon berbakat besar Nad Zainal

sejak berumah tangga.

Malah, Nad mengakui dia kini lebih matang dan fokus untuk mengatur karier seni selepas

sedekad mencanai bakat lakonan.

Pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 30, ini juga bersyukur kerana terus mendapat

kepercayaan daripada pengarah dan penerbit drama hingga ke hari ini.

“Alhamdulillah, saya sudah kembali ke lokasi penggambaran progam travelog selepas dua bulan

selesai berpantang.

“Selesai program itu, saya terbabit dengan beberapa projek drama iaitu Mengharap Sebuah

Keredaan dan Girlfriend Aku Dari Neraka yang sudah ditayangkan di kaca televisyen sebelum

ini,” katanya.

Nad berkata, drama bersiri 13 episod terbaru lakonannya iaitu Jurnal Suraya arahan Zul

Huzaimy pula kini bersiaran di Slot Zehra di TV3.

“Saya melakonkan watak pesakit leukemia bergandingan dengan Johan A’sari dalam drama bersiri

berdasarkan kisah benar itu.

“Selain itu, saya juga ada projek drama baharu arahan Sabri Yunus dan bergandingan dengan

Nam Ron pada tahun depan.

“Tidak ketinggalan, saya juga akan melakonkan karakter ustazah yang mengajar kanak-kanak

mengaji dalam drama terbaru terbitan Pena Creatives,” katanya.

Bagaimanapun, pemenang trofi Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH 2014 ini

mengakui kurang mendapat publisiti daripada media.

“Selepas berkahwin, fokus saya hanya karier seni, bisnes produk Audela dan keluarga.

“Saya juga tiada sebarang kontroversi dan apabila ditemu bual lebih banyak cerita mengenai

anak dan perkara berkaitan keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai pengurus pula, Nad mengakui dia lebih selesa berdikari menguruskan sendiri

karier seni.

“Selain suami, saya tidak mahu ada orang tengah kerana lebih selesa berbincang secara terus

dengan produksi mengenai soal bayaran dan sebagainya,” katanya.

Beralih perancangan karier seni, kata pelakon yang tercalon dalam kategori Pelakon Wanita

Terbaik, Anugerah Skrin 2017 (drama Mengharap Sebuah Keredaan) ini mengakui mahu bergelar

pengarah dan penerbit satu hari nanti.

“Namun, saya belum puas berlakon kerana banyak lagi karakter berat belum saya buat.

“Saya juga lebih memilih watak, skrip dan selesa bekerja dengan produksi yang sudah biasa

bekerja.

“Saya juga tiada masalah bekerja dengan bakat baru seperti Fadlan Hazim, Redza Rosli dan

Janna Nick.

“Buat masa ini, saya juga ingin menimba ilmu dunia belakang tabir sebelum bergelar

pengarah,” katanya.

Bekas penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini turut berjinak-jinak

dalam dunia penulisan skrip.

Antara lakonannya ialah Filem Juvana dan drama Dosa Perempuan.

Mahu tiga anak

Selepas selesai menjayakan baki penggambaran projek drama, Nad merancang bercuti panjang

bersama keluarga hujung tahun ini.

Menurut Nad, dia dan suami, Muhammad Faliq Amirudin juga ingin membawa anaknya Fahad Ibrahim

atau Yem yang kini berusia setahun menikmati musim sejuk di Korea Selatan.

“Saya sudah berehat seketika dari bidang seni pada Oktober lalu.

“Inilah masanya untuk kami meluangkan masa bersama selepas penat bekerja

“Yem juga sudah mula bercakap dan kenal orang sekeliling,” katanya.

Ditanya perancangan menambah anak, kata Nad, dia ingin memiliki tiga cahaya mata sekali gus

melengkapkan kebahagian rumah tangganya.

“Berikutan melahirkan anak sulung secara pembedahan, saya dinasihatkan menjarakkan kehamilan

sekurang-kurangnya dua tahun,” katanya.

sumber:beritaharianmetro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...