KUALA LUMPUR: Pewaris takhta Britain, Putera Charles memulakan lawatan sulung ke Malaysia
hari ini dengan menzahirkan kekaguman baginda terhadap kekayaan budaya warisan dan
kepelbagaian kaum di negara ini.
"Saya harus mengatakan bahawa saya sentiasa terpesona dengan kekayaan budaya, agama dan
kepelbagaian kaum di Malaysia, ...jika saya berkata demikian, ia sesuatu yang perlu
dihargai dan diraikan," kata Putera Wales itu pada majlis resepsi yang dihoskan oleh
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
"Saya tidak dapat bayangkan betapa gembiranya saya berada di Malaysia buat kali pertama
dan pada waktu sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan Malaysia," katanya pada majlis rasmi
pertama sempena lawatan seminggu bersama isteri, Camillia, Duchess of Cornwall.
Baginda berdua tiba di ibu negara semalam bagi lawatan rasmi ke Malaysia, antara destinasi
baginda dalam Jelajah Musim Luruh Diraja.
Majis resepsi itu diadakan di Muzium Kesenian Islam, berhampiran dengan Masjid Negara di
sini.
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan