Langkau ke kandungan utama

Hina Bugis: Sultan Selangor murka, minta Dr M disiasat


TUN Dr Mahathir Mohamad. - Foto Hafiz Sohaimi

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius, murka dan amat

kecewa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang dilihat cuba menghasut

rakyat membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, berkata Sultan Selangor selepas

berbincang dengan ahli Dewan, menganggap ucapan terbabit amat keterlaluan hingga boleh

mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

"Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor

yang berasal daripada Bugis," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Justeru, katanya, Majlis Dewan di-Raja Selangor berpandangan satu siasatan dan tindakan

undang-undang mengikut Akta Hasutan 1948 atau mana-mana undang-undang berkaitan wajar

diambil terhadap Dr Mahathir.

Berikut kenyataan penuh yang dikeluarkan Dewan di-Raja Selangor:

DULI Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah berbincang dengan Ahli-ahli Majlis Dewan di-

Raja Selangor pada 2 November 2017 memandang serius, murka dan amat kecewa dengan petikan

ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Himpunan Sayangi Malaysia - Hapuskan Kleptokrasi yang

berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017, yang dilihat cuba

menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa

Bugis.

Berdasarkan kepada rakaman klip video ucapan berkenaan yang telah tular di media sosial,

tohmahan dan kenyataan Tun Dr Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis

ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh

mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh

mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor

yang berasal dari Bugis.

Fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor berketurunan Bugis merupakan pahlawan yang

memperjuangkan dan mempertahankan agama dan keamanan di seluruh kepulauan Melayu

Nusantara.

Tun Dr Mahathir sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang menerajui pemerintahan Negara

selama tempoh 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang

kenyataan dan seharusnya juga lebih mengetahui tentang fakta sejarah keturunan bangsa

Bugis.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga mengingatkan kepada semua pihak terutama orang-

orang politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik

kerana ianya boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat Negara ini.

Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku

berkaitan dengan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di

bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Tun Dr

Mahathir.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag