NEW YORK: Russia, sekali lagi menggunakan kuasa pembatal ke atas resolusi Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dirangka Jepun untuk melanjutkan sebulan lagi
siasatan antarabangsa mengenai dalang serangan kimia di Syria.
Ia dilakukan beberapa hari selepas Moscow turut menggunakan cara sama menghalang cadangan
Amerika Syarikat untuk membaharui siasatan itu.
Mandat bagi siasatan bersama PBB dan Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW), yang
ditubuhkan sebulat suara oleh 15 negara anggota Majlis Keselamatan pada 2015, berakhir
semalam.
Russia, yang juga sekutu rapat Syria menggunakan 11 kuasa veto ke atas tindakan Majlis
Keselamatan terhadap Syria sejak perang saudara di negara itu bermula pada 2011.
Resolusi dirangka Jepun menerima 12 undian menyokong, manakala China berkecuali dan Bolivia
menyertai Russia menyatakan bantahan.
Resolusi memberikan sembilan undi menyokong dan tiada kuasa veto digunakan oleh AS,
Perancis, Britain, Russia atau China.
"Russia membazirkan masa kita. Tindakan negara itu hari ini dan beberapa minggu lalu
disengajakan untuk melewatkan, mengalihkan perhatian dan menjejaskan usaha mencari pihak
bertanggungjawab melakukan serangan kimia di Syria," kata Duta AS ke PBB, Nikki Haley. -
REUTERS
sumber:beritaharian
Ulasan
Catat Ulasan