Langkau ke kandungan utama

Kenyataan Dr Mahathir gugat perpaduan


TUN Dr Mahathir Mohamad. - Foto Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang menyebut bangsa Bugis

itu sebagai lanun sudah memberi pelbagai persepsi negatif termasuk menggugat perpaduan dan

keharmonian rakyat Malaysia dan Indonesia.

Presiden Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS), Datuk Hishammuddin Zaizi Tengku Azman

Shah Alhaj, berkata ia secara tidak langsung merenggangkan hubungan diplomatik di antara

dua negara terbabit yang sememangnya mempunyai pelbagai persamaan daripada segi

sosiopolitik, warisan sejarah dan seni budaya.

Sehubungan itu, katanya, PMBS sekali lagi mengambil pendirian tegas bagi menggesa Dr

Mahathir memohon maaf di atas kenyataannya bagi memastikan masalah berbangkit dapat

dijernihkan.

"Sentimen kebencian, hasutan dan penghinaan seperti itu perlu dibendung dan ditangani

sebaik mungkin.

"Kita wajar hormati dan hargai keberadaan bangsa dan suku kaum sedia ada di Malaysia

kerana sudah tentu ia mempunyai sejarahnya tersendiri, selain mempunyai jasa dan sumbangan

kepada perjuangan pembangunan, kemajuan, agama, bangsa dan tanah air," katanya dalam

kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Hishammuddin Zaizi berkata, beliau selaku Presiden PMBS dan ahli

jawatankuasanya yang mewakili suara masyarakat Bugis di Selangor menyatakan sokongan penuh

terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang murka dengan tindakan Dr

Mahathir.

"Sudah banyak kali Dr Mahathir mengguris hati dan menyentuh sensitiviti masyarakat Bugis

dalam beberapa siri himpunan "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi' yang diadakan

sebelum ini.

"Justeru, sudah tentu masyarakat Bugis, ahli PMBS serta kerabat Diraja Selangor akan

merasa kecewa dan marah, malah tidak kurang ada yang mengadakan perhimpunan sebagai tanda

bantahan dan membuat laporan polis," katanya.

Semalam, Sultan Sharafuddin dilaporkan memandang serius, murka dan amat kecewa dengan

kenyataan Dr Mahathir yang dilihat cuba menghasut rakyat membenci, menghina dan memandang

serong terhadap bangsa Bugis.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...