Langkau ke kandungan utama

6 lagi anggota Geng Pak Su didakwa


ENAM anggota Geng Pak Su dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Alor Setar, hari ini, atas
pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu. - Foto Sharul
Hafiz Zam


ALOR SETAR: Enam anggota Geng Pak Su yang mendalangi aktiviti penyeludupan di sekitar

sempadan Malaysia - Thailand, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas

pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu.

Enam tertuduh terbabit ialah Jamal Muhamad Syafian Jamaludin, 24; Mazlan Ahmad, 48; Akmal

Firdaus Ahmad, 22; Mohd Shafiz Ibrahim, 29; Mohd Mizan Ismail, 39 dan Mohd Azhar Muei, 20.

Mereka dihadapkan secara berasingan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan, namun tiada

sebarang pengakuan direkodkan daripada enam lelaki terbabit.

Berdasarkan pertuduhan semua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng

Pak Su antara tempoh 1 Januari 2015 hingga 8 Oktober lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012

(SOSMA) dan Seksyen 130 (V) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan

hukuman penjara maksimum 20 tahun.


ENAM anggota Geng Pak Su dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Alor Setar, hari ini, atas
pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu. - Foto Sharul
Hafiz Zam


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias, manakala semua tertuduh

tidak diwakili peguam.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin berikutan kes

berkenaan termasuk dalam jadual pertama Akta SOSMA 2012 dan menetapkan sebutan semula pada

20 November depan.

Sebelum ini, 24 anggota Geng Pak Su yang ditahan melalui Ops Sempadan Khas, didakwa di

Mahkamah Sesyen, di sini, atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang sejak dua

tahun lalu.

Ini termasuk dalang utama Geng Pak Su, Johari Ariffin, 35 dan tiga orang kanannya iaitu

Norazif Ahmad, 37; Shahadan Salim, 38 dan Rosidi Aziz, 35, yang masing-masing didakwa di

mahkamah sama pada 26 September lalu.

Sementara it, tinjauan BH mendapati seramai 15 anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah

Terancang (STAFOC) lengkap bersenjata mengawal semua tertuduh dan sekitar ruang legar

Mahkamah Sesyen 2.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...