Langkau ke kandungan utama

Cendol merah jambu



Jerlun: Kreativiti pemilik Warong Hijrah, Mohd Lokman Omar, 24, di Air Hitam, di sini,

menyajikan cendol merah jambu menyebabkan warungnya semakin popular dan dikunjungi ramai

pelanggan.

Menurut Mohd Lokman Omar, 24, lazimnya cendol yang dijual di pasaran berwarna hijau, namun

dia mendapat idea untuk menyajikan cendol merah jambu sebagai kelainan dan tidak menyangka

ia menjadi popular.

Anak kedua daripada tiga beradik berasal dari Sungai Korok, Jitra, itu berkata, dia

berbangga mewarisi perniagaan keluarganya sehingga terfikir membuat pembaharuan dalam menu

yang dijual di warung itu.

“Di sini, menu yang menjadi tarikan pelanggan adalah bihun sup serta cendol dan apabila

saya memulakan operasi di warung ini, saya hanya menjual bihun sup serta cendol berwarna

hijau.

“Namun, apabila saya memantau serta meninjau di gerai lain, ramai menjual cendol berwarna

hijau dan saya terfikir satu pembaharuan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke

warung saya.

“Sebelum ini, cendol hijau yang saya gunakan adalah berperisa pandan dan apabila melihat

pengedar cendol saya ada menjual cendol berwarna merah jambu, saya terfikir untuk

mempelbagaikannya dalam set menu yang dijual di warung,” katanya ditemui di warungnya yang

terletak di jalan Pekan Air Hitam, Jalan Kangar-Alor Setar.

Mohd Lokman berkata, apabila menyediakan cendol berwarna merah jambu itu, ramai bertanya

mengenai rasanya.

“Sebenarnya, ia sama seperti rasa cendol hijau pandan itu, cuma warnanya yang menarik

minat orang ramai untuk mencubanya.

“Saya juga mencampurkan sekali cendol hijau serta merah jambu itu dalam satu hidangan

cendol dan ramai pelanggan yang datang ke warung saya akan memesan cendol campuran ini,”

katanya.

Dia berkata, sebagai variasi kepada menu cendol dia turut memperkenalkan hidangan cendol

special iaitu cendol hijau dan merah jambu itu diletakkan hiasan krim putar serta kacang.

“Di gerai ini, cendol biasa dijual RM2.50 manakala cendol special RM5 dan saya dapati

pelanggan yang singgah di sini pasti setidak-tidaknya memesan cendol biasa untuk

dinikmati,” katanya.

sumber:beritametro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag