BALIK PULAU: Empat beranak nyaris maut apabila kediaman mereka runtuh dalam kejadian tanah
runtuh di Jalan Balik Pulau, Air Itam di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Chuang Kwong Chew, 59, terdengar dentuman sebelum beliau
dan isteri keluar meninjau keadaan rumah mereka.
"Kami sekeluarga nyenyak tidur sebelum saya terjaga mendengar dentuman. Saya bersama
isteri keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.
"Ketika di luar, kami terdengar dentuman kedua dan melihat rumah kami runtuh sepenuhnya.
Dalam keadaan cemas, saya dan isteri bergegas masuk masuk kembali ke dalam rumah
menyelamatkan ibu yang sakit angin ahmar dan bapa yang uzur," katanya kepada BH di sini,
hari ini.
Kwong Chew menerima 16 jahitan di tapak kaki manakala isterinya menerima tujuh jahitan
kerana nterpijak serpihan kaca ketika mahu menyelamatkan ibu bapanya.
Katanya, kediaman jenis kayu itu tidak pernah mengalami keretakan serius walaupun sudah
berusia lebih 60 tahun.
"Memang rumah ini terletak berhampiran kawasan lereng bukit, tetapi ini kali pertama tanah
runtuh berlaku. Sebelum ini tiada apa-apa tanda pun," katanya.
Kwong Chew yang sudah bersara kini terpaksa tinggal sementara di rumah saudaranya di
Georgetown, di sini, sementara menunggu kediamannya dibaik pulih.
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan