Langkau ke kandungan utama

Tutup buku, saya pilih Selangor: Yan


BARISAN Penjaga gol Selangor, Khairul Azhan (tengah) bersama Zarif Irfan Hashimuddin (kiri)
dan Norazlan Razali pada sesi latihan di Stadium Mini Shah Alam. - Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Azhan Khalid menamatkan spekulasi mengenai

hala tujunya musim depan dengan mengesahkan dia akan kekal bersama skuad The Red Giants.

Walaupun belum ada perjanjian muktamad, namun Khairul atau mesra dengan panggilan Yan

berkata, secara dasarnya dia sudah bersetuju dengan kontrak lanjutan yang ditawarkan oleh

juara Piala Malaysia 33 kali itu.

KHAIRUL Azhan Khalid tetap bersama Selangor pada musim depan. - Foto Owee Ah Chun

"Saya boleh katakan hampir pasti bermain untuk Selangor musim depan dan akan menandatangani

kontrak baharu tidak lama lagi.

"Saya membuat kenyataan ini kerana ingin menamatkan pelbagai spekulasi mengenai masa depan

saya. Macam-macam saya dengar dan baca. Saya harap dengan pengakuan ini, akan menutup semua

cerita," katanya.

Yan yang menyertai Selangor sejak 2016 dikaitkan dengan beberapa pasukan, termasuk dikatakan

akan kembali ke pangkuan pasukan Pahang yang pernah diwakili selama tiga musim (2013-2015).

Ia ekoran keputusan skuad Tok Gajah tidak mengekalkan penjaga gol utama mereka, Wan Azraie

Wan Teh yang sah akan menyarung jersi Terengganu, musim depan.

Penjaga gol kebangsaan ini turut dikaitkan dengan pendatang baru Liga Super, Kuala Lumpur

yang sedang berusaha memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi saingan liga elit itu.

"Memang benar saya dirisik oleh beberapa pasukan, Liga Super atau Liga Perdana. Tetapi, saya

telah menyatakan pendirian untuk kekal bersama Selangor.

"Saya baru dua tahun bersama pasukan itu, sekurang-kurang saya mahu beraksi semusim lagi

bersama mereka. Apatah lagi ketika ini, tidak ada keperluan untuk saya berpindah kerana

selesa bersama Selangor," ujar Yan.

Namun, Yan tidak menolak kemungkinan akan kembali ke pangkuan Pahang jika menerima tawaran

pada masa akan datang.

"Sebagai pemain, memang suatu masa nanti saya mahu pulang mengakhiri karier di negeri

kelahiran saya, tetapi bukan sekarang.

"Lagipun, terus terang saya katakan, Pahang tidak ada membuat tawaran seperti digembar-

gemburkan. Ia hanya spekulasi," kata pemain yang berasal dari Kuantan itu.

sumber:beritaharian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...