Langkau ke kandungan utama

Enggan salah takdir


Kuala Pilah: Berstatus orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang Mohamad Faisal Ikmal

Rosman, 21, berdikari dan mencapai cita-cita menjadi usahawan berjaya dengan mengusahakan

ternakan di Kampung Juasseh Tengah, di sini.

Kekurangan dirinya bukan alasan untuk meneruskan kehidupan, sebaliknya dia memiliki impian

untuk berjaya dalam hidup tanpa mengira status.

Mohamad Faisal yang mengalami masalah pembelajaran memulakan bidang penternakan seawal

usia 18 tahun sebaik tamat pembelajaran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional

(SMPKV) Kuantan, Pahang.

Katanya, kini dia mempunyai 11 biri-biri serta 60 itik dan ayam kampung yang diusahakan

sendiri untuk dijual kepada pelanggan di sekitar daerah ini.

“Saya amat meminati haiwan ternakan sejak kecil. Saya sering membantu ahli keluarga dan

penduduk kampung menguruskan haiwan ternakan mereka ketika waktu lapang.

“Ayah saya (Rosman Yasip, 49) dan ibu (Siti Jariah Ali, 41) menyedari minat saya dan

menghantar saya ke SMPKV untuk mendalami bidang berkenaan ketika di tingkatan satu,”

katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, ibu bapa adalah tulang belakang yang banyak memberi dorongan dan sokongan

meskipun menyedari kekurangan dirinya sehingga mereka sanggup membuat pinjaman dengan

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai modal permulaan.

Tambahnya, dia berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya, sekali gus menjadi inspirasi

buat golongan OKU seperti dirinya berjaya.

Sementara itu, Rosman berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan mengalami

masalah pembelajaran dan percakapan ketika berusia 12 tahun.

“Mohamad Faisal terpaksa ditempatkan di kelas pendidikan khas ketika di sekolah menengah.

Bermula dari situ, saya melihat dia cenderung kepada ternakan dan saya nekad menghantarnya

ke SMPKV untuk mendalami bidang berkenaan.

“Alhamdulillah, apa yang diusahakan membuahkan hasil dan anak istimewa saya mampu menjana

pendapatan sendiri. Dia sudah membuktikan yang dia juga boleh berjaya walaupun berstatus

OKU,” katanya.

sumber:beritametro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag