Langkau ke kandungan utama

Siasat 10 kes jenayah 'Datuk Seri' tak didakwa


Lelaki berstatus `Datuk Seri' yang didakwa memukul anggota RELA. - Foto Yazit Razali




BUKIT KAYU HITAM: Polis menyiasat mengapa lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang ditahan

susulan kes pukul anggota RELA di ibu negara, sebelum ini tidak pernah didakwa sedangkan

memiliki 10 kes jenayah lampau.

Justeru, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan

menggunakan tempoh tahanan reman yang dikeluarkan ke atas lelaki berusia 29 tahun itu

ketika ini untuk meneliti semua fail yang dikaitkan dengan suspek.

"Kita akan dapatkan maklumat terperinci melalui siasatan lanjut membabitkan kes jenayah

yang dilakukan lelaki itu sejak 2009, suspek kini ditahan reman berhubung kes pukul serta

penyalahgunaan dadah dan polis akan menggunakan kesempatan itu bagi menyiasat semua 10 kes

lampau itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk

Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninjau operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan

Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu di sini.

Sebelum ini, media melaporkan suspek bergelar Datuk Seri yang kini ditahan reman atas

dakwaan memukul tiga anggota RELA, terbabit dalam pelbagai kes jenayah serius antaranya

rompakan dan penyalahgunaan dadah.

Lelaki terbabit juga pernah ditahan pada 2013 mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana

sengaja mendatangkan kecederaan dengan kesalahan berkaitan senjata berbahaya.

Noor Rashid berkata banyak kemungkinan menyebabkan lelaki itu tidak didakwa atas kes

jenayah lampau yang dilakukan termasuklah faktor kekurangan bukti dan maklumat, atau waran

tangkap tidak diserahkan kepada suspek.

"Siasatan (ke atas 10 kes lampau) akan dilakukan Bukit Aman, tetapi kita belum kenal pasti

di mana kes jenayah itu dilakukan.

"Apa pun kita kena melihat setiap kes yang dikenakan ke atasnya, selain mendapatkan

maklumat mengapa suspek itu tidak didakwa sebelum ini," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...