MIAMI: Kira-kira empat dalam 10 jenis penyakit barah di Amerika Syarikat berpunca daripada
gaya hidup seperti merokok, tabiat pemakanan buruk dan risiko lain yang boleh dielakkan,
kata penyelidik.
Matlamat kajian itu adalah untuk mengenal pasti 'sumbangan beberapa faktor risiko yang boleh
dielakkan penularan penyakit berkenaan kepada barah.
Berdasarkan laporan jurnal CA: A Cancer Journal for Clinicians, mendapati antara faktor
meningkatkan risiko barah termasuk merokok, perokok pasif, berat badan berlebihan,
pengambilan alkohol, memakan daging merah atau daging proses, kurang mengambil buah-buahan
dan sayur-sayuran.
Kurang mengambil makanan berserat atau kalsium, bersenam, pendedahan kepada cahaya ultra
ungu dan jangkitan pemindahan seksual papillomavirus manusia (HPV) boleh menyebabkan barah
serviks dan kemaluan, selain tumor di bahagian kepala serta leher.
Penyelidik menganalisis punca yang menyebabkan peningkatan risiko barah dan jumlah pesakit
berkaitannya.
Saintis menggunakan data barah terkini itu bagi menganggarkan bilangan kes berkaitan dan
kematian untuk 26 jenis barah.
Laporan mendapati, sebanyak 1.57 juta kes barah dikesan di Amerika Syarikat pada 2014 dan 42
peratus disebabkan faktor risiko yang boleh dielakkan.
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan