Langkau ke kandungan utama

Enot teringin berlakon dengan Zul Ariffin


PELAKON Aliza Abdullah atau Enot di Avenue K, Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Selepas hampir lima tahun tidak menerima tawaran berlakon secara konsisten,

Enot rindu kembali ke set penggambaran tetapi mengidam watak berbeza seperti wanita psiko.

Biarpun pasrah menanti tawaran, Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, 39, berharap

tahun baharu 2018 dapat memberi sinar buat kerjaya seninya.

"Saya bukan mahu meminta simpati tapi saya memang rindu hendak berlakon. Mana tahu dapat

jadi heroin berganding dengan Zul Ariffin selepas ini?" katanya berseloroh.

Memberitahu BH Online, kalau boleh, dia teringin melakonkan watak berbeza, bukan lagi

karakter komedi.

"Selama 16 tahun saya berkecimpung dalam arena seni, saya asyik ditawarkan watak komedi.

"Dalam hati, saya nak cuba watak lebih serius atau psiko. Saya mahu cabar diri ke tahap yang

berbeza.

"Namun, kalau masih ada kepercayaan untuk saya memegang watak komedi, takkan pula ditolak

rezeki," katanya yang sudah sembuh sepenuhnya daripada penyakit barah usus tahap kedua yang

menjadi punca dirinya lama menyepi.

Kali terakhir ibu tunggal kepada Andriana Balqis, 16, dan Ariana Qaseh Qistina, 10, ini

berlakon adalah dalam drama Bibik Bibikku yang disiarkan TV3, Jun tahun lalu.

Drama arahan Khalid Nadzri itu turut dibintangi Ungku Ismail, Fasha Sandha, Julia Ziegler,

Bienda, Amyza Aznan dan Dottie.

Terbaharu, Enot berkongsi kejayaannya mengurangkan berat badan yang dilihat sebagai isyarat

untuk dirinya kembali aktif.

Kongsi Enot, sejak enam bulan lalu dia menggunakan produk pelansingan badan jenama Lemonex

sebaik dilantik sebagai duta.

"Sepanjang tiada tawaran berlakon, alhamdulillah rezeki saya murah dengan menjual produk

itu. Berat badan saya susur daripada 129 kilogram kepada 95 kilogram.

"Pada masa sama, saya menjaga pemakanan. Selepas jam 7 malam, saya elak makanan berat. Saya

juga ada membuat bisnes kecil-kecilan sebagai perancang majlis sambutan hari jadi dan

menjual sambal bilis petai hijau," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...