TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Ekspresi Negaraku di
Dataran Perayaan, Jalan Stadium di Petra Jaya. - Foto BERNAMA
PETRA JAYA: Semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dikerah membantu mangsa banjir di Pulau Pinang sejak jam 8.30 pagi tadi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bantuan segera
dihulurkan berikutan banjir yang semakin meruncing di negeri itu sejak malam tadi.
Ahmad Zahid berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengejutkannya awal pagi
tadi merayu bantuan agensi menangani mangsa banjir di negeri itu.
Ahmad Zahid berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Guan Eng jam 3.34 pagi
tadi berikutan keadaan banjir yang kian meruncing.
"Semua pasukan bantuan itu termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dikerah
sejak jam 8.30 pagi tadi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran program Ekspresi Negaraku di
Dataran Perayaan, Jalan Stadium di sini, sebentar tadi.
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan