Langkau ke kandungan utama

Tergempar 0.0000699 peratus kemungkinan stesen angkasa China jatuh di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR 16 Nov. - Kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah

sangat rendah, kata Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Dr Noordin Ahmad.

Beliau berkata berdasarkan keluasan negara iaitu 329, 960.22 kilometer persegi,

kebarangkalian untuk Malaysia menjadi tempat jatuhnya serpihan hanyalah 0.09 peratus dan

kebarangkalian untuk Kuala Lumpur yang berkeluasan 243.65 km persegi pula adalah kira-kira

0.0000699 peratus sahaja.

"Berdasarkan kiraan, luas kawasan yang dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah

selatan ini, melibatkan banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia dan mempunyai keluasan

anggaran kira-kira 347, 860, 000 km persegi.

"Selain daripada Malaysia khususnya Kuala Lumpur, kawasan ini turut meliputi Singapura (1.35

darjah utara); Sydney, Australia (33.86 darjah selatan); Florida, Amerika (27.66 darjah

utara) dan Beijing, China (39.90 darjah utara)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 14 Sept 2016, Penolong Pengarah di China Manned Space Engineering (CMSE), Wu Ping

mengumumkan bahawa stesen angkasa yang dilancarkan pada 29 Sept 2011 itu akan jatuh ke

atmosfera bumi pada penghujung tahun ini selepas misi selama enam tahun.

Noordin berkata berdasarkan nota pihak China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),

kebanyakan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar semasa pergeseran

dengan atmosfera dan kebarangkalian untuk serpihan itu mendatangkan kerosakan terhadap

aktiviti di bumi termasuk penerbangan adalah sangat rendah.

Beliau berkata melalui nota itu juga, China memaklumkan bahawa aktiviti pemantauan dan

ramalan akan ditingkatkan serta ramalan masa 're-entry' akan disiarkan.

Maklumat lanjut juga akan diperoleh daripada Jawatankuasa Koordinasi Serpihan Angkasa Lepas

Antara Agnesi dan status orbit serta sebarang maklumat berkaitan akan disiarkan pada laman

sesawang http://www.cmse.gov.cn/, katanya.

Beliau berkata ramalan akhir berkenaan masa dan tempat jatuhnya Tiangong-1 akan dimaklumkan

oleh pihak China untuk perhatian Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBBr (UNOOSA) dan

Setiausaha Agung PBB.

"Penyusutan stesen Angkasa Tiangong-1 ini sedang diperhatikan dan dipantau secara teliti

oleh pelbagai agensi angkasa seperti ESA, NASA, JAXA dan CNSA. ANGKASA yang mempunyai

hubungan rapat dengan agensi-agensi ini juga sentiasa memantau perkembangan ini dari semasa

ke semasa," katanya.

Noordin berkata bagi tempoh jangkaan jatuh ini, ANGKASA akan membuat pemantauan harian

altitud Tiangong-1 dan akan membuat pemakluman lanjut kepada orang awam apabila diperlukan.

- BERNAMA



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag