Langkau ke kandungan utama

Harga Wasabi Melebihi RM650 Sekilogram. Selama Ini Mungkin Anda Hanya Makan Wasabi 'Palsu'



Penggemar makanan Jepun pasti mengenali wasabi. Santapan sushi pastinya tidak lengkap

rasanya tanpa disertai sedikit penambah perisa yang unik ini.


sushi dan wasabi tidak dapat dipisahkan
Bahan istimewa berwarna hijau pudar ini mempunyai rasa menyengat apabila ia memasuki rongga

hidung dan pernafasan kita. Kalau terlebih masuk, pasti keluar air mata. Wasabi sebenarnya

tidaklah pedas seperti cili seperti yang disangkakan oleh orang yang tidak pernah

merasainya. Rasa 'pedas'nya yang merangsang rongga pernafasan akan hilang selepas beberapa

ketika, tidak seperti rasa pedas cili yang melekat di lidah dan bibir.

wasabi original hanya dapat bertahan 15 minit selepas diparut
Bahagian wasabi yang dimakan adalah bahagian batangnya yang dikenali dengan nama rizom.

Sebelum boleh dimakan, batang wasabi akan dibersihkan sebelum ditenyeh di atas alat pemarut

untuk menghancurkan batangnya. Boleh dikatakan kebanyakan wasabi yang kita dapati di kedai-

kedai makanan Jepun atau di pasaraya sebenarnya bukanlah wasabi yang asli. Ia sebenarnya

adalah horse-radish yang ditambahkan pewarna hijau agar kelihatan seperti wasabi.

Kadangkala, mustard, kanji dan serbuk cili juga ditambah untuk menambahkan rasanya. Ini

adalah kerana wasabi adalah tumbuhan yang sangat sukar untuk ditanam lantas membuatkan

harganya melonjak tinggi. Harga wasabi yang asli boleh mencecah 160 Dolar Amerika atau 650

Ringgit Malaysia bagi setiap kilogram. Sudah pasti bahan semahal ini tidak akan dijual

secara meluas atau diberi secara percuma di restoran-restoran Jepun di negara kita.

wasabi asli atau horseradish sebagai wasabi tiruan
Wasabi (Wasabia japonica) dan horse-radish (Armonicia rusticana) adalah dua jenis tumbuhan

yang sangat berbeza. Horse-radish mempunyai isi yang berwarna putih dan rasa 'pedas'nya juga

sedikit berbeza. Kedua-dua tumbuhan ini mempunyai rasa yang unik disebabkan oleh suatu

sebatian kimia yang dinamakan isothiocyanates. Namun begitu, apabila telah dikisar, hanya

pakar dapat membezakan yang mana satu yang asli kerana kedua-duanya kelihatan serupa. Jarang

sekali batang wasabi dalam bentuk asalnya dijual di pasaran tempatan di negara kita.

ladang wasabi di jepun
Untuk mencapai kematangan dan mencapai saiz yang sesuai untuk dituai, tumbuhan wasabi

memerlukan satu tahun tiga bulan untuk tumbuh. Wasabi memerlukan sumber air bersih dari mata

air yang mempunyai suhu spesifik antara 13 hingga 18 darjah Celcius. Jadi, tidak semua

kawasan di Jepun sesuai digunakan untuk menanam tumbuhan ini. Wasabi juga sangat sensitif

kepada kadar cahaya matahari yang diterimanya. Cahaya matahari yang terlalu banyak atau

terlampau sedikit membantutkan pertumbuhan wasabi. Jadi, kepakaran yang tinggi sangat

diperlukan untuk menjamin tanaman ini hidup subur dan membawa keuntungan apabila dituai.

Selain itu, tanaman ini juga sangat mudah dijangkiti penyakit membuatkan ianya perlu ditanam

di tempat yang betul-betul bersih dan jauh dari sumber pencemaran.

penternak wasabi original
Walaupun Jepun mempunyai teknologi pertanian yang tinggi sehinggakan padi boleh ditanam di

atas bangunan, penanaman dan penjagaan wasabi masih dilakukan secara manual sama seperti

zaman dahulu, tidak seperti tanaman komersil lain. Antara pengeluar wasabi yang terkenal

adalah Daio Wasabi Farm merupakan ladang penanaman wasabi yang terletak di Azumino, Nagano.

Ianya telah ditubuhkan semenjak tahun 1915 dan kekal sehingga kini. Mereka merupakan antara

pengeluar wasabi terbesar di Jepun dan mengeluarkan antara 300,000 hingga 400,000 batang

wasabi setiap tahun.
Rujukan: Great Big Story, Wasabi.org, Highsnobiety

sumber:ilmunasi.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...